Terbaru Dari Betol-betol Hangat!

Wednesday, November 30, 2011

Plain Me - Forced To Sing!

30 November 2011 - 6.41 pm

Sementara menunggu Glee Season 3 Episod 7 habis didownload, aku nak update blog sket ar.. Sket je..

Semalam dan hari ni, aku dan Kaki Wayang iaitu owner blog hangat D'Informationz telah menghadiri satu kursus yang memang kitorang suka, iaitu kursus English. Sebab apa kitorang suka? Sebab biasanya kursus English ni agak fun. :)

Kursus yang sepatutnya dihadiri oleh 24 orang peserta ni hanya dihadiri 10 orang peserta je. Agak terkilan kat situ sebab consultant yang dijemput adalah consultant luar yang dibayar dengan agak mahal. Jadi bila peserta yang datang tak cukup, ada la aktiviti2 yang tak dapat dijalankan dengan berjaya sebab tak cukup korum.

Macam biasa, rasenyer aku ngan Kaki Wayang memang suka buat bising dalam apa2 kursus pun, jadi dengan cepat kitorang feymes dalam kursus tu. Haha!! *perahsantan* Mmg la feymes, lelaki ade 5 orang je, tu pun on off.. Kdg2 ada yg keluar, ada yg tak masuk, dan macam2 lagi la.. Kursus tu lebih kurang macam kursus2 English yang lain gak la, iaitu dia ajar grammar, pronunciation, vocab dan lain2 lagi.

Tapi yang aku nak citer kat sini bukan la pasal kursus tu, tapi pasal sesuatu yang aku dan Kaki Wayang dipaksa buat masa kursus tu berakhir. Kitorang dipaksa nyanyi. Haha!! Aku yang memang terkenal dengan sikap pemalu dan bersopan ni memang sangat nervous mase kena nyanyi tu, tapi Kaki Wayang yang retis tu memang sangat excited nak nyanyi. Last2 kitorang nyanyi gak, tapi 3 rangkap je dan tanpa muzik. Lagu yang kitorang nyanyi? Macam biasa la, lagu trademark kitorang iaitu For Good. Ni yang kitorang nyanyi tadi :

I've heard it said
That people come into our lives 
For a reason 
Bringing something we must learn 
And we are led 
To those who help us most to grow 
If we let them
And we help them in return

Now I don't know if I believe that's true
But I know I'm who I am today because I knew
you...

Like a comet pulled from orbit as it passes the sun

Like a stream that meets a boulder halfway through the wood
Who can say if I've been changed for the better
But because I knew you, I have been changed....
...For good

Kitorang pnh gak rekod mase kitorang nyanyi lagu ni dalam kete.. Ni videonya yer.. Haha!!


Hehehe.. Memang sgt nervous okay, so suara aku jadi hampeh.. Kekeke.. Tapi sebenarnya seronok gak.. :P Laen kali sila mintak kami nyanyi lagi yer.. Huhu..

Chow!!

Wednesday, November 23, 2011

Plain Awkward - Grammar Again, With Dictation

23 November 2011 - 5.03 pm

It is Wednesday today, so it's time for an English entry.. :P

While I was doing some work earlier, along with the lecturers in my department, we received a questionnaire about E-Learning, and it was from UNITEN of Muadzam Shah. The questionnaire was in English, and it caught us by surprise to actually see how UNITEN's student are actually doing in English. Well, maybe it is unfair to judge the whole student community based on this questionnaire, but it does raise some doubts.. :P

These were some of the questions :

Part Two Question 7 is EPIC!!

Due to the numerous grammatical errors (and some of them are really ridiculous hilarious), we couldn't help but to laugh our heart out during the whole session of answering the questionnaire.. Haha!! (So jahat la kan..)

I personally think that the students who came up with those questions should have checked with their lecturers first, before vigorously bombarding innocent people like us with their version of GRAMMAR!!

Chow!

ps : my grammar is not very good either, but at least I don't go around and parade it.. :P

.

Tuesday, November 22, 2011

Plain Contest - eqbalzack.com Writing Contest [2] - 2nd Entry

22 November 2011 - 9.49 am


Contest oleh Eqbalzack.com. Klik SINI untuk details.

Title : "Lecturer-student relationship, anything wrong?"

Ikram merenung jam di tangannya.
“Dah pukul 4”, keluh Ikram perlahan. Sudah 30 minit dia duduk di kerusi tetamu di hadapan bilik Pengarah itu. Pengarah tempat dia mencari rezeki sejak 6 tahun lepas, iaitu sebuah pusat pengajian tinggi swasta di Pahang. Masih terngiang-ngiang di telinganya, kata-kata terakhir dari Tuan Pengarah kepada Ikram di penghujung pertemuan mereka,

“Tugas kamu sebagai pensyarah sepatutnya adalah untuk membimbing pelajar kamu, bukanlah menjalinkan hubungan cinta dengan mereka. Kami berasakan apa yang kamu lakukan adalah tidak profesional kerana hubungan kamu telah menjejaskan hasil kerja kamu. Lebih teruk lagi, ianya memalukan institusi ini dengan tersebarnya cerita-cerita yang kurang enak didengar. Kami tiada pilihan, selain dari  memohon kamu untuk meletakkan jawatan….”

Tanpa disedari, setitis airmata Ikram jatuh ke atas lengannya. Dengan lemah, Ikram mengesat matanya lalu bangun dari tempat duduknya. Dia berjalan perlahan menuju ke arah keretanya yang terletak di luar pejabat Pengarah. Perjalanan yang dirasakan sungguh panjang membuatkan dia mengimbau detik-detik yang meletakkan dirinya ke situasi ini…..

****************************************************************

Perkenalannya dengan Ayuna 8 bulan lepas betul-betul tidak disangka-sangka. Kepetahan gadis kecil itu bersuara sangat memikat hati Ikram. Kematangan Ayuna dalam berbicara telah menambat hati Ikram. Ayuna, seorang pelajar di institusi tersebut yang juga diajar oleh Ikram untuk subjek Bahasa Inggeris. Ayuna, seorang gadis yang berjaya menambat hati Ikram. Tanpa disedari, hubungan mereka menjadi lebih rapat dan akhirnya, bibit-bibit cinta pun mekar di antara Ikram dan Ayuna. Jurang umur 7 tahun tidak menjadi penghalang buat mereka…

****************************************************************

Mungkin silap Ikram sendiri apabila dia mula melebih-lebihkan Ayuna dalam pembelajaran dan pemarkahan, dan ini disedari oleh pelajar-pelajar lain yang sememangnya tahu akan hubungan mereka. Sikap berat sebelah Ikram semakin melampau apabila dia memberikan markah yang tidak sesuai dengan kemampuan Ayuna……

****************************************************************

.....Dan akhirnya Ikram sampai di keretanya. Ikram masuk dan tersenyum ke arah Ayuna di sebelahnya, dan terus memandu pergi…………..


(299 patah perkataan)

Plain Contest - eqbalzack.com Writing Contest [2]

22 November 2011 - 9.49 am

Contest oleh Eqbalzack.com. Klik SINI untuk details.


Title : "Lecturer-student relationship, anything wrong?"

Hubungan antara pensyarah dan pelajar adalah sesuatu yang sangat suci, bak hadis Rasullullah,

“Setiap daripada kamu adalah pemimpin.  Justeru, kamu akan bertanggungjawab terhadap mereka yang berada di bawah kepimpinanmu…”

Pensyarah dijulang seolah pemimpin yang menuntun rakyat yakni pelajar dalam ilmu kehidupan amnya, dan ilmu akademik khasnya. Adalah amat mendukacitakan sekiranya hubungan yang diangkat tinggi martabatnya ini dicorengkan dengan interaksi yang kurang elok sama ada dari segi pemahaman mahupun perbuatan.

Bukanlah salah sama sekali jika pensyarah dan pelajar menginginkan sesama mereka lebih dari sekadar seorang pemberi ilmu dan pencari ilmu, namun sempadan haruslah dibentuk agar tingkah dan rasa tidak menongkah menyongsangi arus sebenar. Jika rentak hubungan ini dialun dengan penuh santun, nescaya hasil yang tertari akan mempesona.

Hubungan pensyarah-pelajar yang hebat memupuk perasaan hormat,
Keserasian yang tersemat membentuk setinggi-tinggi semangat,
Langkah mengejar ilmu tidak akan meriak penat,
Setiap tindak tidak akan berkira dengan keringat,
Dari hubungan pengajar dan pembelajar kuat, lahirlah insan yang sehebat-hebat umat….

“The most effective teacher will always be biased, for the chief force in teaching is confidence and enthusiasm.”
-Joyce Cary-

Tempoh masa untuk menimba ilmu tidaklah selama mana. Alangkah indahnya jika ruang ini dianyam dengan alunan-alunan ilmu, tanpa usikan dari permainan perasaan. Mungkin sekelumit boleh diselitkan bersama, namun biarlah ianya sekadar menjadi penyeri ketika muak, pemujuk ketika hiba. Betapa cantiknya jika hubungan rasa yang melebihi keperluan itu ditangguh seketika, sehingga tamatnya pengajian. Bukankah ketika itu perasaan itu akan lebih di’rasa’?

Seraya ini, jika perlu dipilih antara dua, akanlah ditulis bahawa hubungan yang lebih daripada sekadar hubungan akademik antara pensyarah dan pelajar, walaupun tidak salah, namun tidak juga diwajib ada. Tunggulah detik yang cantik, iaitu setelah segulung sijil digenggam erat.


(274 patah perkataan)

Monday, November 21, 2011

Plain Thought - Fair Is So Overrated

21 November 2011 - 2.05 pm

Tetibe hari ni aku diingatkan semula pada satu peristiwa yang pernah berlaku kat tempat keje aku ni dulu.. Kes yang jugak melibatkan beberapa kawan aku kat sini termasuk Kaki Wayang, owner blog D'Informationz.. Pasal kes aku buat print skrin sesuatu, dan ianya menyebabkan nama kitorang masuk dalam mesyuarat. Di cop pulak memburukkan nama poli.

Kalau difikirkan, mungkin la tindakan aku tu agak melampau. Yer la, aku siap print skrin dan masuk dalam FB. So pada mereka yang terkena tu, memang la memalukan. Tapi aku rasa kalau tanya pada staf2 yang lain pun, diorang akan setuju dengan isu yang aku bangkitkan bersama print skrin tu. 

Aku buat entry ni bukan sebab nak serang sesiapa, tapi aku cuma nakkan keadilan. Keadilan bermaksud aku juga perlukan kelebihan bersuara. Masa mereka memperdebatkan kes aku tu, aku dan kawan2 aku langsung tak diberi peluang untuk membela diri masing2. Bila perkara ni disebut pula dalam perhimpunan, secara otomatik nama aku pulak buruk. Ya, mungkin buruk pada zahirnya, tapi jangan tak percaya bila ada staf2 yang datang jumpa aku lepas tu dan setuju dengan apa yang aku buat. Bukan sorang dua yer..

Jadi aku buat entry ni untuk membela diri, walaupun kes tu dah lama, tapi sebab masa tu aku langsung tak diberi peluang membela diri.

1. Kalau dibaca dengan betul2 kedua2 (ya, aku buat dua print skrin) print skrin tu dan komen2nya, nampak sangat yang kitorang cuma bergurau. Semua komen tidak langsung menyerang Unit tersebut.

2. Apa yang aku print skrin tu adalah sesuatu yang betul2 berlaku. Aku hanya mempamerkan sesuatu yang jelas dan terang, dan isu tersebut dianggap serangan peribadi?

3. Kedua2 gambar tersebut merupakan kronologi, dan jika dibaca mengikut turutan, memang ianya merupakan teguran berunsur lawak.

4. Gambar tersebut dikatakan memalukan, namun aku sikit pun takde sebut tentang Unit tersebut dan juga nama ofis. Malah gambar tersebut juga private, iaitu orang lain tak boleh tengok kat dalam FB aku.. Dan kalaupun orang tengok, ko ingat ko artis? orang tak heran laaaaaa...

Sebenarnya ada byk point lagi, tapi aku terpaksa hold sebab utk menjaga kerahsiaan.. Jadi lepas aku buat entry ni, kira adil la kot sebab aku dah bersuara dan membela diri.. *Entah2 entry ni pun akan kena print dan masuk mesyuarat jugak. Kalau jadi la macam tu, nampak sangat sikap berat sebelah pihak atasan sebab menghukum aku yang hanya nak membela diri*

Sekian.

Chow!

Monday, November 14, 2011

Plain Thought - You Raise Me Up, My Friend.....

14 November 2011 - 12.45 pm





Sunday, November 13, 2011

Big Plain Screen - Real Steel, Real Deal

13 November 2011 - 9.12 am

Semalam aku dan Kaki Wayang sekali lagi pergi ke Kuantan untuk marathon. Marathon movie je.. Sebenarnya dah agak lama aku tak turun Kuantan. So kali ni nak lepas geram, kitorang tengok 3 movie, iaitu Immortals, The Adventures Of Tintin dan Real Steel. Tapi kali ni aku nak cerita pasal Real Steel.

Sebenarnya citer Real Steel ni dah agak lama ditayangkan kat panggung, tapi baru semalam aku berkesempatan utk tengok. Dan aku sure mesti ramai gak yang dah buat review pasal movie nih. Tapi aku tak kira, aku nak buat review jugak!! Haha!!

Tiket kitorang. Yang agak hampeh, masa kitorng gi kat seat tu, ade orang lain dah duduk kat situ. Sepasang couple yang sesuka hati je ambik seat orang, sebab seat diorg kat tepi. Macam bab* je kannn.. Dah la si lelaki tu sgt vuruk dan gehmork..

About Real Steel, all I can say is.......... WOW! Sebuah movie yang menggabungkan banyak elemen dalam satu movie, dan elemen2 ni tak mencacatkan movie tu langsung, malah menjadikannya lebih baik. Susah nak jumpa movie sci-fic yang menggabungkan elemen2 futuristik, kasih sayang, kesedihan, permainan emosi, perlawanan robot, kekeluargaan dan percintaan dalam satu movie, tapi Real Steel ade semua tu.

Real Steel berlaku di masa depan, tapi tak terlalu jauh. Aku suka pengolahan dunia masa depan yang tak banyak beza dgn masa sekarang, kecuali dengan kemunculan robot. Selain robot, takde apa yang beza pun. Perkara ni dapat menimbulkan feel realistik kepada penonton. Kat sini je dah buat aku suka dengan filem ni, dan membuatkan aku terus nak tengok. Robot2 tu pula tak terlalu canggih, iaitu hanya sebuah mesin yang mengikut pergerakan orang yang mengawalnya. Lebih kurang macam kereta remote control. Mereka takde emosi dan fikiran spt yg banyak dibuat oleh banyak movie lain, yang mana orang dah jemu tengok. Kecuali Atom, yang mana mungkin terdapat 'sedikit' perasaan, tapi ini mungkin hanya perasaan sayang dan imaginasi seorang kanak-kanak terhadap mainannya, dan kalau itulah kesnya, mmg cute!! :)

Max (Dakota) dan Charlie (Hugh) merupakan anak dan bapa yang terpisah sejak lahir, dan elemen kekeluargaan diterapkan di sini. Permainan perasaan iaitu bagaimana Max yang begitu memandang tinggi bapanya sbg seorang peninju tapi dalam masa yang sama, dia juga menunjukkan kekecewaannya kerana ditinggalkan sejak lahir, dimainkan dengan agak cemerlang. Walaupun ada sedikit elemen tak logik iaitu Max macam tak sedih dgn kematian ibunya, tapi oleh kerana ibunya bukanlah satu watak yang penting, jadi kecacatan ini dapat dimaafkan.

Terutama ketika penghujung cerita, bagaimana Max memandang Charlie dengan begitu bangga ketika Charlie menggunakan Shadow Mode Atom untuk berlawan dengan Zeus, robot yang dikatakan tidak pernah kalah. Perasaan Max pada ketika tu memang dapat aku rasakan, dan aku suka bagaimana ketika adrenalin penonton sedang meningkat ketika menyaksikan perlawanan robot, olahan emosi juga dimainkan, dan pantulan cahaya pun berlakuuuuu (hanya org yang paham je tau.. huhu)..

 Atom vs Zeus.

Juga terdapat scene dimana Max menggunakan Atom untuk mendukungnya, seolah2 didukung seorang ayah yang dia tak pernah ada. Masa ni pun aku agak tersentuh dengan emosi Max yang begitu inginkan kasih sayang dari Charlie, seorang ayah.

Selain tu, movie ni juga ada sedikit unsur percintaan. Maksud sedikit tu ialah, elemen tu ada, tapi tak begitu dibesar2kan. Cukup sekadar menyentuh aspek romantis Charlie yang sanggup memandu sejauh beribu-ribu kilometer hanya untuk sebuah ciuman. Kalau aku pun mesti cair.. Kekekekekeke..

jadi aku boleh la rumuskan yang Real Steel ni adalah sebuah movie tentang perlawanan robot-robot yang sangat cool, dengan jalan cerita yang linear tapi menarik, watak-watak yang sweet dan suasana yang menyegarkan.. Memang tak rugi tengok!! :)

Chow!!

Friday, November 11, 2011

Not-So Plain Sight - Beauty For The Beholder

11 November 2011 (11/11/11) - 9.39 pm

Petang tadi, aku balik keje agak lewat sebab ada siapkan keje sket kat opis. So bila aku sampai rumah je, aku bersyukur balik lewat sebab aku dapat melihat kecantikan alam yang tersergam indah ni. Hahaha!! Bukan aku nak berjiwang yer, tapi masa aku keluar je dari kereta aku petang tadi, kat depan rumah aku ade view yang sangat cantek. Pemandangan senja berlabuh *gehtu*.

So aku dengan malu2 kucing, mengeluarkan henfon aku yang hagak murah tu untuk snap pic. Malu sebab kalau orang nampak, mesti diorang akan cakap, "Eleh, setakat guna henfon Nokia E72 dgn kamera 5megapiksel, ada hati nak ambik pic scenery..." Sentap tau.. Anyway, kamera aku tu ade function 'Landscape Mode' yg khas digunakan untuk ambil gambar berkonsepkan langit, so gambar yang dihasilkan pun agak ok laaaaa.. Huhu..

 Pic asal yang diambil oleh kamera aku. Aku mengaku pic ni tak secantik pic yang disnap guna DSLR, tapi at least aku dapat record detik2 indah itewwww.

Yang ni lak pic yang sama, tapi setelah aku edit sket. Just tinggikan contrast dan kurangkan brightness je supaya langit tu jadi lebih menyerlah. :)

Kepada korang yang lebih berbakat dalam mengambil gambar, jangan la keji hina caci maki pic ni yer.. Aku xde bakat ambik gambar ler.. Kamera pun murah. Tp at least aku suka hasilnya.. :)

Chow!!

Thursday, November 10, 2011

Plain Awkward - Grammar Gone Awry

10 November 2011 - 7.14 pm

Lepas habis keje tadi, aku ade gi kat satu kopitiam nih untuk book/tempah meja untuk aku ngan kawan2 aku makan malam ni. So lepas aku parking kete, aku pun masuk ke kedai tu dgn langkah yang penuh konfiden tapi manja. Seb baik aku pakai baju yang agak santek hari ni, so bertambah2 lagi la tahap kekondifenan aku tadi. Banyak gak mata2 yang memandang sebab kedai tu agak penuh. Tak tau la diorang pandang sebab teruja atau sebab meluat tengok aku. Hade hakoo keysah?!

Berbalik pada cerita asal entry ni, aku pun gi la kat kaunter kedai tu. Aku disambut oleh seorang pekerja situ. lalu berlakulah perbualan antara kitorang.

Pekerja : Ya?
Aku : Hmmm. Saya nak book meja untuk malam ni boleh?
Pekerja : Nak ape?
Aku : Nak book meja.
Pekerja : ...................................
Aku : Errr.. Nak tempah meja....
Pekerja : Oooohhhh.. Nak booking mejaaaaa.. Ok, pukul berapa?

So aku pun terus la bagitau nak book pukul berapa. Tak perlu la aku tulis kot sebab tak relevan ngan citer nih. 

Apa yang aku nak cerita ialah, kesalahan grammar yang digunakan oleh pekerja tu. Aku ni takde la pandai English pun, tapi kalau yang simple2 tu, memang akan agak mengganggu aku kalau ade yang silap. Walaupun aku campur2 BM ngan BI, tapi aku tetap gunakan grammar yang betul.

Untuk ayat di atas, kalaupun aku terjemahkan keseluruhan dalam BI, ayat tu akan jadi betul.

"I want to book a table for tonight."

Tapi kalau guna ayat yang digunakan oleh pekerja tu, akan jadi,

"I want to booking a table for tonight."

Penggunaan kata kerja (verb) menunjukkan perkara yang hendak dilakukan, menggunakan simple present tense - "base form after modal auxiliary verb". Penggunaan '+ ing' (present continuous tense) pula boleh digunakan untuk menceritakan tentang perkara yang sedang berlaku, spt

"I am booking a table now for tonight."

Aku tak reti la nak explain sebab aku bukan cikgu mahupun lecturer. Haha!! Just aku akan rasa tak selesa bila terdapat kesalahan grammar yang mudah2 kat depan mata. Tapi yang mudah2 je la... Yang grammar susah2 aku pun x tau cara penggunaan yg betol k. So jangan la segan2 nak speaking dpn aku. Biar je aku rase tak selesa klu korang tersilap pun, yang penting tak segan untuk belajar dan speaking London kannnnnn....

Chow!!

Plain Creative - Creativity Kills

10 November 2011 - 4.16 pm

Oh, betapa lama rasanya aku tak hapdet blogku inieyhh.. *tetibe feeling teater muzikal*

Tadi mase aku masuk lab untuk menconteng menulis no. inventori kat meja2 dalam lab, aku terperasan sesuatu. Sesuatu yang sangat kreatif (hotak dia) yang dihasilkan oleh student2 Politeknik Muadzam Shah yang sangat hyper dalam projek2 berunsur seni nih!! Sangat santek yer hasil2 contengan lukisan mereka2 itu!! *carut*

Berikut merupakan antara hasil2 kerja tangan mereka yang penuh gemalai dan seni (sori atas kualiti pic yg agak azab. Diorang lukis guna pensel, dan aku snap guna kamera henfon yg murah je. So kena guna Photoshop utk clearkn lukisan2 itooh) :

 Lukisan pertama ialah lukisan piala hapekebendentah. Mungkin pelukis ni kepingin untuk memenangi sebarang pertandingan yang menyediakan piala sebagai hadiah.

Yang berikut ni pulak ialah terjemahan nama2 jabatan kat PMS ni. 

 JKM bermaksud Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, tapi mungkin ni maksud yang selalu digunakan oleh student2. Sangat kreatif katernyerrrrr..

 JTMK bermaksud Jabatan Teknologi Maklumat Dan Komputer. Tapi ada jugak yang nak terjemahkan kpd maksud lain. Hebat ler tuhhhh~~

 JRKV atau Jabatan Rekabentuk Dan Komunikasi Visual. Juga mendapat terjemahan baru yer...

 JPH aka Jabatan Perlancongan Dan Hospitaliti pun tak terkecuali.

 JP iaitu Jabatan Perdagangan. Yang best kat terjemahan tu, ade lak yang tolong betulkan ejaan yang salah. Elok la tu. Sama2 idiot! *Heran. Dah masuk IPT pun masih tak tau mengeja?*

 Yang ni lak tak tau ape yang student tu nak buat. Mungkin resepi kot.

Ni yang paling hebat. F*cker tuuuuuuuu~~ Siap pakai pen lagiiikkk!!

Tahniah ler pada student2 yang sangat kreatif dan berinformasi lagi bertransformasi ni yer. Saya sangat vanggaaaaaaa!!! *carut*

*Dah satu kerja aku nak memadam lukisan2 nih*

Chow!!

Wednesday, November 2, 2011

Plain Thought - What Makes A Human

2 November 2011 - 4.54 pm

There are lots of things going on in my life recently. They are some might say melodramatic, but just because some (or a lot) would think that, it doesn't mean that they're undeserving some sort of attention. The feeling of being betrayed, being unfairly judged, being taken advantage from, being jealous, all of these feelings, add up to the mounting of sadness in me.

Some people judge me with normality, without knowing that the situation I am in is far from normal. And believe me, I am not being over-reacting. Some happily popped questions that maybe from their point of view are nothing but questions of being good people, but without them knowing, the questions hurt........... There are something that I can't have in this life, and because of that, other people might see me living my life a bit differently from others. It's not that I want to be different, but I can't help it. It's something that I need to make up for my mistakes.....

So to people who know me, I have my reasons for the way I choose to live my life. Even if you don't care about me, please understand my decisions. Even if you can't find to understand, please respect my prerogative. I just want to be apart of this world, despite that I am not deserving it...........................

Plain Cool! - Another Gift From The State Below The Wind

2 November 2011 - 4.43 pm

Hari ni aku dapat satu lagi key-chain dari sorang lagi ofismet yang balik kampung minggu lepas. Thanks to Rina Jamal sebab bagi key-chain dari Sabah. :)

 Dia beli sorang satu, so dia bagi pilih mana yang kitorang suka. Macam biasa, aku diberi peluang untuk pilih dulu sebab aku kan marvellous (padahal sebab aku je yang ada tadi.. haha!!)..

 So lepas pikir2, aku pilih yang bentuk rumah ni sebab agak unik. :)

Dan masuklah ia ke dalam Wall Of Fame.. 

Thanks again yer Rina Jamal. Next time ko balik kampung, bagi lagi yer.. Huhu~~~

Chow!!

Tuesday, November 1, 2011

Plain Cool! - Souvenir From The Highest Peak

1 November 2011 - 9.15 am

1/11/11. Dah masuk bulan November dah. Sekejap je. Anyway, entry ni takde kaitan secara langsung ataupun secara rakaman dengan tarikh di atas. :)

Masa aku masuk ofis pagi tadi, tengok atas meja ada sesuatu yang agak comel (aiyo~ apa la ayat aku nih.. mcm budak darjah satu je..).. Dapat key-chain lagi.. :) Thanks to my ofismet sebab cari souvenir mase dia balik kampung minggu lepas.

 Atas meja. 

 Close-up. Aku agak confuse sebenarnya. Apa menatang ni? Monyet? Orang utan? Sesumpah (chameleon)? Monyet yg hidung besar tu? Haha!! Wateva~~

Dah masuk Wall Of Fame. Can you spot it? :)

Now aku masih menunggu souvenir2 dari mereka2 yang pergi Langkawi minggu lepas. Baru dapat dari sorang jer iaitu Shima. Yang lelain tak bagi lagiiii.. Huhuhu..

Chow!!

My Followers

Jom Share2 Blog Kat Sini!!