Terbaru Dari Betol-betol Hangat!

Thursday, September 29, 2011

Plain Innovative - 'Q' Stands For 'Inovasi' - 2

29 September 2011 - 10.53 pm

Saja je aku guna tajuk yang lebih kurang sama macam tajuk entry aku untuk Hari Inovasi tahun lepas. Takde idea nak letak tajuk lain. :)

Pada hari ini, Politeknik Muadzam Shah telah mengadakan Hari Inovasi untuk tahun 2011. Untuk pengetahuan, Hari Inovasi kali ini telah digabungkan dengan Perhimpunan Bulanan September dan juga jamuan Hari Raya (Walaupun hari ni dah 1 Zulkaedah). Hari Inovasi kali ini agak berbeza dengan Hari Inovasi tahun lepas yang boleh korang baca kat entry SINI. Kali ini, Hari Inovasi dijalankan dengan penuh protokol, berbanding Hari Inovasi tahun lepas yang lebih santai dan 'mesra penonton'. Malas nak cerita sangat, so aku letak gambar2 yang sempat aku snap je la k. Nanti bila UiDM PMS dah upload gambar2 yang diorang snap kat portal diorang tu, aku akan update lagi gambar2 kat sini k.

Gambar-gambar yang aku snap ni takde kaitan dengan perjalanan program pun. Huhu.. 

 Banner Hari Inovasi tahun ni.

 Penyambut tetamu yang terdiri daripada pelajar-pelajar PMS yang diburuhkasarkan..

 Buku program dan door gift.

Aku takde ambik gambar pun masa program dijalankan sebab aku duduk jauh dari pentas, dan aku guna kamera phone je. Kalau ambik gak nanti, sure tak clear. :P

Aku tak sangka yang aku akan dapat anugerah ni. "Anugerah Penjawat Awam Contoh" bagi kategori staf pelaksana.

 Dapat piala jugak.

 Piala "Anugerah Penjawat Awam Contoh" bagi kategori staf pelaksana. 

Sebenarnya aku agak 'segan' ketika menerima anugerah ni sebab aku rasa aku ni masih baru lagi bertugas kat Politeknik Muadzam Shah ni. Tak sampai pun 2 tahun. Aku segan sebab ada ramai lagi staf-staf pelaksana yang dah bertugas lebih senior dari aku. Aku takut akan ada yang kata, "Aik? Baru keje dah dapat anugerah?" Sebab tu aku segan. Aku tak kisah kalau aku menang kategori Fail Meja Terbaik (which I didn't win) sebab ia melibatkan kreativiti (masih confuse sebab apa aku tak menang Fail Meja Terbaik nih). Tapi walaubagaimanapun (ambek kao skema ayat), ni semua keputusan juri. Aku tak boleh la nak mempertikaikan kredibiliti diorang. Alhamdulillah, aku dapat sesuatu yang boleh aku masukkan dalam buku rekod perkhidmatan. :)

 Door gift Hari Inovasi.

 Isinya, sepasang sudu dan garfu, bersama sepasang chopstick. Aku ingatkan dalam tu pen. Huhu.

 Chopstick yang dah disambungkan.

 Close up hiasan pada sudu.

 Hadiah harijadi yang diberikan sempena perhimpunan bulanan.

Comel gak cup tu, so aku letak ajas meja kat ofis je. :) Sekali dengan door gift hari Inovasi tu. Takkan nak guna buat makan kowt~~~ Tak seswaiiiiii~~~~~~

Tu je kot yang aku leh bagitau untuk Hari Inovasi kali ni. Aku tak dapat nak komen sangat pasal ceramah Inovasi tu sebab aku tertido masa orang tu bagi ceramah.. :P *kantoi*

Chow!!

Plain Drama - Birthday, My Turn!!!

29 September 2011 - 7.29 pm

29 September. Tarikh yang agak bermakna dalam hidup aku. Yup. It's my birthday. Aku ni lahir dalam family yang tak sambut benda-benda camni, so memang kalau nak ikutkan, aku tak look forward pun untuk tarikh ni tiap-tiap tahun. Just kadang-kadang aku dapat satu dua present, dan terus terang aku cakap yang present-present tu membuatkan aku rasa gembira. Yerla, sejak aku kecik sampai la ke sekarang ni, aku rasa aku cuma pernah sambut harijadi aku tak sampai pun 5 kali. Serius! Cuma ada wish-wish jer yang aku terima saban tahun. Sebab tu aku tak look forward pun untuk tarikh aku dilahirkan ni.

Tapi bila aku start kerja kat ofis yang sekarang ni, semuanya berubah. Jabatan aku ni walaupun Islamik, tapi diorang juga mengamalkan tradisi menyambut harijadi setiap ahli. Dan tahun ni, bila kami berpindah ke bangunan baru yang lebih besar dan staf pun semakin ramai, sambutan tu diadakan dengan agak meriah. Sampai ada kitorang buat makan-makan sepanjang hari (tapi untuk staf jabatan kitorang je la).

Hari ni, turn aku pulak untuk disambut. Aku memang sangat gembira sebab diorang nak jugak buat celebration walaupun kitorang sibuk sepanjang hari dengan Hari Inovasi. Thanks yer kawan-kawan.

 Masuk-masuk je ofis pagi tadi, aku terkejut sambil menjerit kecil (kecil ke?) bila ternampak sesuatu kat atas meja aku. Ada present, siap dengan kad lagi. Thanks Lynnie Jada for the present!! :)

 Then lepas sesi pertama Hari Inovasi tamat, aku sekali lagi dikejutkan dengan tambahan hadiah kat atas meja! Dah jadi tiga hadiah! (Kecuali yang kecik kaler gold tu. Tu door gift Hari Inovasi.) Thanks Rina & Deeb for the presents!! :)

 Aku ni jenis yang sangat menghargai pemberian orang, so bila dapat hadiah tu, memang aku akan sayang untuk buka wrapper dia. Tapi setelah diasak dengan bertalu-talu oleh si Rina, aku bukak jugak. Lynnie bagi album gambar, Rina bagi plush toy Angry Bird, dan Deeb bagi photo frame Angry Bird. Aku sangat suker occayy!! Tadi Rina tanya aku, betol ke aku suka hadiah2 tu? Betul la weh!! Aku suka sangat!! Seriously!!

 Si Rina ni siap lekat kad yang aku sangat suka ayat-ayatnya.. Haha!! :) 18 tahun tuuu.. Kao mampooo?!

 Selepas tamat Hari Inovasi sesi kedua, aku bawak balik lagi satu hadiah, iaitu hadiah yang diberikan setiap bulan kepada staf yang menyambut harijadi pada bulan tersebut. :) Hadiah2 yang aku dah bukak tadi, aku dengan gigihnya masukkan balik dalam wrapper.. :)

 Then sebelum sampai waktu balik, ofismate2 aku tetibe nyanyi lagu happy birthday dari dalam pantry. Hahaha!! Terharu sangat sebab diorang sanggup buat jugak sambutan walaupun dah penat. Thanks guys~~ Kat kek tu ade gambar Ben 10.. Haha!! Padahal aku tak minat sangat pun.. :P

 Yazidy~~~

 Besday sendiri pun, aku jugak yang kena ambik gambar.. Hahaha!!

 Nak jugak si Rina tu enterframe.. 

 Kek yang dah separuh dibelasah secara bertubi-tubi.

 Sesi bergosip dan gelak2 barai. Tengok!! Aku jugak tukang ambik gambar.. Diskriminasi nih!! Huhu~~ Masa tengah riuh2 ni, bos kitorang yang tgh outstation iaitu Ms Foo pun call aku utk wish birthday gak. Macam dah plan awal lak diorang ni kan.. Huhu.. Thanks Ms Foo~~

 Siap makan kek, kitorang gerak lak ke Satellite Kitchen untuk minum petang sempena Hari Inovasi. Kat sini lagi riuh kitorang bergosip. Aku gak yang ambik gambar. Eh? Nape aku sorang je lelaki ek? Hahaha!!

 Kad-kad yang aku dapat, aku gantung gak kat partition aku sebab aku memang betul2 appreciate semuanya. :)

 Ni kad dari Lynnie dan Rina. Tengok perkataan2 tu. Kalau tak nampak, sini aku taip semula.

Wordings sebelah depan kad :

It's your birthday, and if you think
you're getting a card saying...
How terrific you are and how nice it is
to be around you...

Patutnya kat sebelah dalam kad tulis :

...you are absolutely right! Have A Great Birthday.

Tapi diorang tukar :

...you are absolutely wrong!

ps : you gotta parade around with your Angry Bird underwear
in the office first before it can be
"...you are absolutely right!" hehe..

Keji tak diorang? keji kannnnnn~~~~

 Ni hadiah yang dalam wrapper hijau tadi.

Aku letak kat atas meja aku gak cup tu sebab cantik. Sekali dengan door gift Hari Inovasi.

 2 hadiah ni aku letak kat rumah aku je.. Kat dalam bilik.. Nak letak kat ofis macam besar sangat.. Meja aku tu dah la sangat 'besar' dan 'kemas'.. Album gambar yg Lynnie bagi tu lak aku simpan je.. :)

Terima kasih pada kawan-kawan ofis sebab sudi sambut my birthday ya! :)

Update : 30 September 2011, ada tambahan hadiah. :) Thanks Kak Marina.

 Masuk je dari rehat tengahari, Kak Marina bagi hadiah. Huhu.

 Hadiah.

 Set pen dan kompas. 

 Dah bukak penutup. (Satu2 aku explain pic yang tak perlu diexplain. Haha!)

So, kompas tu sebab macam key-chain, aku gantung je kat tempat penggantungan souvenir2.. Pen lak dalam cup yang PKPMS bagi. :)

Setakat ni, tu je la hadiah2 yang aku dah dapat. Nanti kalau dapat lagi, aku upload lagi ek. :)

Chow!!

Wednesday, September 28, 2011

Plain Makan - Open House Raya By HEP & Asrama

27 September 2011 - 11.54 pm

Biasa la, musim raya kan. So masa ni la musim open house atau open office atau open studio dan open macam-macam lagi la.. Masa ni la nak makan puas-puas. Motifff nak diet vagaih?! 

Pada tengah hari tadi (27 September), dua unit kat Politeknik Muadzam Shah ni iaitu Unit Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan Asrama telah mengadakan open house (ker open office?) kat ofis diorang. Jadi masa lunch break tadi, aku dan seluruh ahli keluarga jabatan aku, juga staf-staf PMS yang lain telah menyerbu menyerang melawat pejabat HEP untuk, apalagi, makan lerrrr.. 

Walaupun masa tu aku baru balik makan dengan Kaki Wayang, tapi aku berjaya menyediakan sedikit (sedikit kah?) ruang kat perut aku untuk diisi makanan open house itu. Tapi Kaki Wayang tak join sebab dia masih kenyang.

Memang banyak makanan yang disediakan, so kitorang pun makan ler (ayat takde idea. takde unsur kreatif langsung). Sambil-sambil makan, sempat gak la aku menyenap (snap) gambar sket.

 Nurul yang sentiasa muncul kalau time ambik gambar. Charan pun mencelah sekali.

 Antara makanan yang ada. Tu pun dah nak habis. Siapa datang lambat memang tak merasa la..

 Rendang daging yang menjadi rebutan.

 Bihun yang juga menjadi rebutan (setelah rendang daging habis)..

 Tetamu-tetamu sedang melahap, eh silap, menjamu selera (termasuk la aku, walaupun takde dalam ini gambar).. Kelihatan Izman yang sememangnya kuat makan, sedang bertungkus-lumus menghabiskan makanannya supaya dia dapat tambah lagi.. Keji tak?

Charan yang menggauli rendang ayam. Cari yang isi banyak katernyer (padahal ayam dah hancur)..

Trimas (terima kasih + thanks) kepada HEP dan Asrama sebab buat makan-makan nih. Sedapp.. Len kali buat lagi yer.. Huhu..

Chow!!

Tuesday, September 27, 2011

Plain Awesome! - Another Souvenir Lagi!!

27 September 2011 - 9.10 pm

Sangat azab bila broadband dah overlimit yer~~~ :(

Pada minggu lepas, sorang dari opismet (officemate) kitorang telah terbang menyeberang lautan dan mendarat di Sarawak. So, dah gi jauh-jauh tu, motif la kan kalau tak beli apa-apa untuk kitorang kat Semenanjung nih. So tadi, si Nozza yang berterbangan tadi tu bagi kitorang key-chain. Ada banyak, so dia bagi kitorang pilih. Oleh sebab aku yang paling marvellous kat jabatan aku nih, so aku diberi privilege untuk pilih dulu yang mana aku suka (sebenarnya sebab seat aku paling dekat dengan seat dia).

 Semua cantik!! Tak tau nak pilih yang mana satu.. (Nyanyi ikut lagu Juliana Banos)

 last sekali, lepas ambik masa yang agak lama, aku pun pilih yang bulat ni. Kenapa aku pilih yang ni? Ntah. Sebab aku rasa yang ni lebih artistik berbanding yang lain kot. Gehtooooo!!!

Dan ia pun terus digantung bersama-sama Domo yang juga baru dapat tadi. Meriahhh!!!

Thanks Nozza! Next time beli lagi~~~ :P

Chow!!

Plain Cute - Domo Arrives!

27 September 2011 - 4.29 pm

Kalau korang mengikuti blog ni (ferahsaannn), sure korang tau aku pernah buat satu entry (Plain Giveaway - GIVEAWAY... saya suka DOMO lah!) untuk join satu GA yang dibuat oleh abg Eqbal Zack dalam entry blog dia yang berkaitan dengan Domo nih. Setelah menunggu sehingga tarikh tutup, akhirnya dia pun umumkan la pemenang-pemenang GA tu.. Alhamdulillah, aku dapat hadiah saguhati. Bangga rasernyer~~~~

 Masa aku pergi ambik surat untuk jabatan aku kat pigeon hole tadi dengan Kaki Wayang, aku sangat sexcited excited bila nampak ada sampul surat yang agak terbonjol dalam pigeon hole tuh! Kaki Wayang menengok dengan penuh kejelesan sebab ada nama abg Eqbal Zack kat belakang sampul tu.. :)

 Dalam sampul tu, ada satu lagi bungkusan yang menggunakan waffle wrapper. Huhu. 

 Bila bukak je, jeng jeng jeng!!! Si Domo pun melompat keluar!!

 Original yer. :)

 Aku la Domo!!

 Domo ni aku letak kat partition aku la, macam biasa (tak jadi nak bagi adik aku. Sayang woooo~~).

 Domo berjiran dengan Angry Bird!!

 Comel tak? Huhu..

Thank you so much abg Eqbal Zack! Bagi yang tak tau, Khamis ni (29 September) besday aku yang ke............... So aku anggap ni sebagai hadiah besday dari abg Eq la ek.. Huhu.. (veraahngaann + ferahsaaannntaaaannnnn)

Chow!!
.
Entry lain berkaitan Eqbalzack.com : 
Plain Contest - eqbalzack.com Writing Contest [6] Entry
Plain Cool! - I Won, Again!
Plain Cool - EqbalZack.com Nailed It!!
Plain Contest - eqbalzack.com Writing Contest [5] Entry
Plain Cool! - More From Eqbalzack.com!
Plain Contest - eqbalzack.com Writing Contest [5]
Plain Awesome! - Thanks EqbalZack.com!
Plain Cool - I Won!
Plain Contest - eqbalzack.com Writing Contest [3]
Plain Contest - eqbalzack.com Writing Contest [2] 2nd Entry
Plain Contest - eqbalzack.com Writing Contest [2]
Plain Contest - eqbalzack.com MONTHLY CONTEST!
Plain Giveaway - GIVEAWAY "anuar zain vs siti nurhaliza"
Plain Cute - Domo Arrives!
Plain Giveaway - GIVEAWAY... saya suka DOMO lah!
UCAPAN AIDILFITRI : DARI SAYA UNTUK EQBALZACK
Plain Awesome! - Gifts!!!
Plain Cool! - A Special Gift From EqbalZack.com
Plain Giveaway - EqbalZack's Fan Page LOGO!
.

My Followers

Jom Share2 Blog Kat Sini!!