Terbaru Dari Betol-betol Hangat!

Saturday, July 16, 2011

Plain Me - I Miss My Kampung.....

16 Julai 2011 - 9.49 am

Dah lama rasanya aku tak hapdet blog aku nih. Dibebani dengan kesibukan kerja sejak student start kuliah untuk semester baru, ditambah ngan tugas2 sampingan, dan juga disebabkan 'sesuatoooo', aku dah macam takde masa untuk berblog. Tapi bila hujung minggu tiba, yeehaaaaa, masa untuk berblog!! (Despite aku kat kampung yang line 3G sux dan broadband aku yg dah over limit menyebabkan internet yang tak kurang hebat keSLOWannya)

Semalam lepas keje, aku terus gerak balik kampung sebab aku dah agak lama tak balik kampung (sampai mak aku bising). Sampai je kat kampung, aku agak terkejut tgk rumah aku yg dah berubah layoutnya. Lupelak, dah nak raya kan. Haha!! Yang paling penting, dah ada siling!! Yayyy!! Dah agak lama rumah aku takde siling. Sejak raya tahun lepas lagi.

 Pokok2 bunga yg mak aku tanam.

 Bapak aku tgh pasang mozek corak2 kat beranda.

 Dah ada siling. Takde la nampak rangka rumah aku tu. Huhu.

Lagi satu, masuk2 rumah je, aku dah terbau satu bau yang agak kuat, iaitu bau durian. Kat belakang rumah aku ni ade la sket okok durian, so tiap2 kali musim durian, kitorang mmg tak perlu nak beli2 durian dah. Tunggu je la buah gugur kalau nak makan. Tapi tak banyak la pokok tu. Cukup la untuk family aku makan.

 Sape nak, angkat ibu jari kaki.

Mase aku tgh taip ni, adik aku tgh syok layan Sailormoon. Mak pulak kat dapur, masak. Adik aku yg lelaki tgh layan PC dia, adik yg pompuan tgh mandikan anak dia, dan adik pompuan yg sorang lagi dah gi tuisyen. I miss my kampung!!! :)

Chow!!

2 comments:

Ibrahim Ismail said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

When I returned back to kampong after studying over-the-south-china-sea I realised that kampong has this fresh smell that you can't imagine. it must be the trees around the house.

Ash said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

I guess that's true.. maybe we have become to familiar with the smell since we were little, to leave it and then to smell it again will inject a bit of freshness feeling....

My Followers

Jom Share2 Blog Kat Sini!!