Terbaru Dari Betol-betol Hangat!

Wednesday, July 6, 2011

Plain Me - Super Busy!

6 Julai 2011 - 10.50 pm

Rasanya aku dah sangat jarang2 update blog aku ni sejak dari hari Isnin lepas. Ni sebab tempat aku keje (Politeknik Muadzam Shah) tengah menjalankan Minggu Suai Kenal untuk student2 baru, dan aku merupakan salah seorang dari AJK Jamuan/Makanan. 

Untuk tugas ni, aku kena hadir ke kafe sebelum jam 6.30 pagi, dan akan terus berada kat situ sampai la ke jam 8.30 malam. Tugasnya juga agak memenatkan iaitu kami kena tunggu makanan sampai dari katerer (biasanya dari 3 katerer yang berlainan bagi setiap waktu makan), bahagikan makanan dan susun makanan untuk lebih kjurang 300 pelajar, tak termasuk staf dan fasilitator. Kami kena pastikan makanan diedarkan dengan pantas sebab waktu makan student2 tersebut sangat singkat, iaitu dalam setengah jam je. 

Lepas semua habis makan, baru la tiba masa untuk kami makan, dan lepas tu kemas dan cuci semula kafe, asingkan pinggan mangkuk mengikut katerer, buang sampah (student2 sangat kejam, buang sisa makanan dalam tempat pinggan kotor, jadi kitorang kena asingkan pinggan dan sisa makanan, sebelum dapat asingkan pinggan2 mengikut katerer pulak), dan cuci lantai kafe sehingga bersih, dan lepas tu, bersedia untuk waktu makan seterusnya. 

Kerja yang agak memenatkan, dan kitorang perlu buat semua sehingga Jumaat ni. Jadi aku nak mintak maaf sangat2 sebab tak dapat update blog selalu sebab balik je dari kafe, badan dah penat sangat. Ni pun update jap sebelum tido. Sok kena bangun awal.

Chow!!

My Followers

Jom Share2 Blog Kat Sini!!