Terbaru Dari Betol-betol Hangat!

Thursday, July 21, 2011

Big Plain Screen - The Deathly Hallows Kill!!

21 Julai 2011 - 4.17 pm

*Ceh, kedai gunting rambut yang aku selalu gi tu tutup lak hari ni. Balik rumah je la, update blog. Nak gi kedai lain kang, takut diorang tak tau camne aku selalu gunting rambut. Sangat risau dengan rambut yang dah makin panjang dan susah nak sikat.*

Pada 20 Julai iaitu semalam, aku telah menonton sebuah filem yang dikatakan paling meletup, iaitu filem terakhir francais Harry Potter, Harry Potter And The Deathly Hallows : Part 2. Aku tengok movie tu kat TGV Seremban 2 pada jam 11.10 pagi (Gigih).

Tiket wayang (duhhhhhh!!!).

Jadi selepas menonton filem yang sangat2 awesome ni, aku nak buat sedikit review dari sudut pandangan aku. Brace yourselves!

*Amaran! Review ni mengandungi sedikit spoiler! Kalau anda belum menonton filem ni dan  tak mahu hilang saspen, baik jangan baca review ni.*

Movie ni merupakan penamat bagi filem2 Harry Potter, dan tak melampau jika aku katakan yang ianya telah diuli dengan cukup cantik oleh mereka yang terbabit dalam pembikinan filem ni. Aku sebagai peminat filem2 HP sejak awal dulu memang cukup terkesan dengan filem yang merangkum segalanya ni. Segala persoalan terjawab, segala rahsia terungkai, segala aspek kemanusiaan digarap dengan begitu cemerlang.

Part 2 ni betul2 menyambung cerita dari Part 1. Di penghujung movie, penonton seolah2 dibawa bersama semasa pertarungan terakhir di antara Harry Potter dengan Lord Voldermort. Sepanjang movie juga, penonton akan terpukau dengan sentuhan aksi dan emosi yang cukup halus sentuhannya.

Pada permulaan movie, scene menunjukkan Hogwarts di dalam zaman gelap setelah ianya berjaya ditakluk oleh Snape dan Death Eaters, pelajar2 yang terpaksa berarak seperti askar di bawah pemerintahan Headmaster Snape, dan kemunculan watak2 jahat yang merancakkan ke'hitam'an aura filem ni.

Setiap babak diceritakan dengan baik, dan boleh aku katakan yang kalau orang yang tak berapa kenal movie Harry Potter pun boleh berpuashati dengan movie ni. Aku paling terkesan dengan babak semasa Severus Snape dibunuh oleh Lord Voldermort, dan pada masa tu baru dapat tau yang selama ni sebenarnya Snape bukanlah orang jahat, malah dia cuma berlakon jadi jahat untuk melindungi Harry disebabkan oleh cintanya yang sangat mendalam terhadap ibu Harry. Watak yang menampakkan ketegasan di luar, tapi di hatinya penuh perasaan kasih ni membuatkan aku betul2 tersentak. So masa tu pantulan cahaya pun berlaku (bagi mereka yang faham sajorkk).

Terdapat juga watak2 yang mati dalam movie kali ni semasa pertarungan dengan tentera2 Lord Voldermort dan watak2 tu adalah watak2 yang dikenali seperti kembar Weasley. Bagi aku yang memang tak pernah baca buku Harry Potter, memang aku tak jangkakan yang watak2 yang kita dah familiar akan dimatikan. Ok, aku taknak la cerita lebih2 pasal plot. Elok korang tengok sendiri. 

Dari segi kesan khas (CGI) pula, team movie ni berjaya membuat kesan khas yang tak melampau-lampau (seperti Narnia), dan ini mewujudkan perasaan realistik kepada penonton. Pertarungan antara kuasa2 magik tidak diperlihatkan seperti pertarungan antara cahaya2 yang melampau2. Semuanya dihasilkan tanpa berlebih2. Aku sukaaa!!

Ok, cukup la kot review aku yang tak seberapa untuk movie Harry Potter 7 ni. Aku nak tengok lagi kalau ada kesempatan. :) *Aku jarang nak tengok movie lebih dari sekali kat wayang*

Chow!

2 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

aku pn dh tgk cite ni..tp Hp yg lepas2 memg aku xtgk..so aku xtaw sgt jln n xfhm jln crite sbnr..tp bg aku sgt2 menarik.. BEst sgt cite tu lbey2 lg time gado2..suke tgk efek2 yg dgunakan... teruja tgk!

Ash said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@Mohd Khairi Khadzir : rugi ar x tengok yg lepas2.. mmg best.. yg penutup ni mcm pelengkap cerita..

My Followers

Jom Share2 Blog Kat Sini!!