Dah masuk time rehat. Masa untuk update blog. :)
Kemungkinan pada 12 Ogos atau 19 Ogos ni, turn Jabatan aku untuk meng'urusetia'kan Perhimpunan Bulanan Politeknik Muadzam Shah. Untuk kali ni, aku diberikan 3 tugas iaitu :
1. Emcee / Pengacara majlis (Bahasa Inggeris)
2. Buku Program
3. Cenderahati
Oleh kerana tak lama lagi nak berlangsung, maka aku pun mula la kerja2 yang berkaitan. Untuk emcee, aku dah berjaya pinjam buku emcee yang kebetulan ada skrip emcee dalam BI, walaupun untuk acara yang berbeza. Sekurang2nya, ada la rujukan untuk aku. Maklumla, aku tak pernah buat skrip emcee dalam BI sebelum ni.
Walaupun skrip dalam buku ni agak simple, tapi ok la. At least aku ada sesuatu untuk dirujuk. Tak perlu la start from scratch.
Ni bukan cover yang final. Masih ada pembetulan yang perlu dibuat.
Ni pulak cenderahati sampingan yang aku akan letak kat dalam buku program tu. Just penanda buku yang simple je. Tapi ada sesuatu yang menambah ciri2 unik iaitu, jalur emas kat bahagian atas dan bawah penanda buku tu. *Nak jugak buat kelainan kannnn*
Contoh penanda buku yang dah siap. Dah siap satu, so ada lagi 191 yang nak kena ikat reben. :P Aku suka ayat dalam pic tu : Blessed are those who can give without remembering and take without forgetting.
Bagi cenderahati pula, aku kena tunggu orang yang handle cenderahati balik dari mengiring student ke Festival Kesenian Islam, baru la kitorg leh plan tentang cenderahati. Part ni aku takde sumbang idea sangat. Just tolong diorang wrapping je kot. Maklumla, aku ni kalau bab2 wrapping hadiah ke, hamper ke, mmg hebat!! Hahaha!!
Ok, nak sambung wat keje.
Chow!!
2 comments:
banyak tugas ko zid..cam pengarah program lak...BTW, nak satu penanda buku..huhuhu...
@eddy syrol : biase la.. aku kan multitasking.. huhu.. laaa, penanda buku cikai2 camtu pun ko nak ke? :P
Post a Comment