Terbaru Dari Betol-betol Hangat!

Thursday, July 21, 2011

Plain Me - Do Not Read This Entry

21 Julai 2011 - 8.12 pm

 Nak baca gak? Hmmmm.. Ye laaaaaa..

Aku ada sesuatu yang aku rasa nak ajak korang fikir sama2 ngan aku. Benda ni senang je. Aku nak bagi satu situasi kat korang, dan korang bagi la komen korang. Tapi ni bukan segmen atau giveaway yer, sebab memang takde hadiah pun. Just aku nak tanya pendapat korang je, iaitu pembaca2 blog aku yang sangat aku comolot sayang....

Ok, situasinya begini.... Bayangkan....................

Korang merupakan seorang yang berbakat dalam nyanyian. Tapi korang bukan artis, sebab mungkin belum ada rezeki untuk jadi artis. Suara korang memang agak best, kira boleh jual la. Kawan2 korang juga tahu tentang bakat nyanyian korang dan diorang memang suka kalau korang menyanyi. Merdu sungguh katernyer....

Pada suatu hari, korang ternampak satu iklan tentang pertandingan nyanyian yang bakal diadakan di bandar berhampiran korang. Pertandingan tu akan dilangsungkan pada weekend ni, dan korang betul2 bersemangat untuk menyertai pertandingan tersebut. Jadi sejak dari awal minggu tu, korang pun berlatih tiap2 hari untuk memberikan persembahan nyanyian yang terbaik pada pertandingan tu.....

Kemudian, hari pertandingan pun tiba. Korang pun dengan berbekalkan keyakinan yang agak tinggi, pergi la ke bandar dan selepas mendaftar, nama korang pun tersenarai sebagai salah seorang peserta pertandingan tu. Tibalah masa untuk setiap peserta membuat persembahan.

Semua peserta menyanyi dengan penuh perasaan dan semangat, sebab masing-masing sedar terdapatnya peluang untuk menang kerana semua peserta terdiri daripada penyanyi2 amatur. Semua mempunyai bakat. Tiba pula giliran korang untuk membuat persembahan. Lontaran suara korang memukau, dan setelah korang habis membuat persembahan, semua penonton dan juri memberikan tepukan yang gemuruh untuk korang. 

Akhirnya semua peserta telah membuat persembahan masing2, dan dari kaca mata korang sebagai peserta, korang berasa yang korang mempunyai saingan yang sengit dari beberapa peserta amatur yang lain. Namun saingan yang sihat ini tidak menggerunkan korang, malah korang suka saingan ni.

Dengan tidak semena-mena, rupa-rupanya pertandingan masih belum selesai. Rupa-rupanya masih ada peserta yang belum membuat persembahan. Kemudian muncullah peserta terakhir pada malam tu. Peserta terakhir tu ialah seorang penyanyi yang sangat terkenal yang mempunyai nama dan bakat yang sangat tinggi, iaitu Jaclyn Victor! Beliau, dengan bakat profesionalnya telah menyanyikan lagu Gemilang dengan hebat, tanpa cacat celanya.......... Dan seperti dijangka, beliau pun memenangi pertandingan tersebut, mengalahkan peserta2 amatur yang lain....... Dan semasa ucapan beliau, Jac mengatakan yang dia sebelum ni memang banyak menang pertandingan yang dia sertai, dan dia cakap yang dia nak jugak sertai pertandingan2 yang biasa2 macam pertandingan ni sebab dia memang berbakat besar.

Ok, jadi soalan aku, apa pendapat korang tentang situasi di atas? Kalau korang berada kat tempat dan situasi tu, apa yang korang rasa?

Hehe, oklah, letak je kat ruangan komen kat bawah ni tentang apa saja jawapan dan pendapat korang yer. Aku jenis open, so aku akan terima apa saja pendapat korang, dan kita bincang sama2 yer.. Sayang korang!!!

Chow!!

ps : watak Jaclyn Victor tu hanya lakonan semata2 yer. Aku sengaja letak nama artis yang berbakat besar dan hebat supaya memudahkan korang membuat perbandingan. Jaclyn Victor yang sebenar tak mungkin akan buat camni sebab dia tau perbezaan antara amatur dan profesional.

0 comments:

My Followers

Jom Share2 Blog Kat Sini!!