Pada hari semalam iaitu 20 Julai, aku telah ke Seremban sebab ade banyak benda nak kena setel. Takde la banyak, tapi benda2 tu agak penting. Selain tu, aku jugak dapat jumpa member yang baru balik dari Australia selepas 8 bulan dia duduk sana untuk kerja dia. Lepas borak2 jap kat ofis dia, tetibe dia keluarkan satu beg dan dalam tu ade souvenir yang dia beli kat Australia untuk kengkawan dia kat sini, so aku pun dapat gak satu. Nak tau apa benda yang dia bagi? Bukan, dia tak bagi beruang koala pun (walaupun aku berharap sangat dia seludup sekor bawak balik. :P). Ni la souvenir atau cenderahati yang dia bagi :
Sebuah boomerang!! Hehe. Bukan boomerang betul, tapi cenderahati yang dibuat berbentuk boomerang sebab Australia kan terkenal ngan boomerang. Teknik yang digunakan untuk mewarna dan corak bintik2 tu sangat awesome!! Kawan aku cakap, diorang guna macam lidi untuk buat dot2 tu. Aku yang jenis artistik memang suka benda2 macam ni! Tenkiu sesangat sebab bagi souvenir yang sangat Cool!!
Ada gambar kanggaru kat atas boomerang tu.
Ni artis yang buat design kat boomerang tu.
Puas aku cari tempat yang sesuai untuk letak boomerang tu. Akhirnya, aku letak depan TV. :)
Cantik tak? Kalau korang cakap tak cantik, ade aku kesah?
Thanks kat kawan aku tu sebab sudi bagi souvenir. Dulu pun dia pernah bagi souvenir Australia, iaitu key chain yang diperbuat daripada opal, tapi mase perpindahan ke poli baru hari tu, key chain tu dah hilang. Sedih sangat sebab aku suka sangat key chain tu... :(
Key chain yang dah hilang. Key chain ni cantik sebab berbentuk seperti negara Australia, pastu kat dalam tu ada gambar kanggaru yang diperbuat menggunakan batu opal. Cantikkk.. :(
Anyway, aku suka sangat-sangat souvenir2 nih semua! Aku akan jaga boomerang ni betol2, jangan bagi hilang lagi. :)
Chow!!
0 comments:
Post a Comment