Terbaru Dari Betol-betol Hangat!

Wednesday, July 27, 2011

Plain Me - Eating Yesterday's Food

27 Julai 2011 - 1.31 pm

Aku kalau hari2 bekerja2, memang jarang keluar gi lunch sebab biasanya time tengahari, aku masih kenyang sebab dah makan pada pukul 10 pagi. Memang selalunya aku akan makan 2 kali je sehari, iaitu pagi pukul 10, dan lepas tu makan malam dalam pukul 8-9 gehtoo. Tapi tengah hari ni aku tetibe leh rasa agak lapar. Lepas tu, aku teringat yang petang semalam aku ada beli kuih untuk dinner, dan kuih tu tak habis lagi, dan aku ada bawak kuih tu ke opis hari ni.

So aku pun dengan rakusnya membukak plastik kuih tu, dan setelah menghidu ala2 Wolverine, aku dapati kuih2 tu tak menghasilkan bau2 yang menunjukkan ia dah busuk. So leh makan lagi la ni. Kuih tu ade 2 bijik je, iaitu kuih kasturi dan kuih yang buat guna kacang dal tu, aku tak ingat nama dia. Lalu dengan gigihnya, aku pun memasukkan kuih2 tersebut ke dalam microwave kat opis ni dan reheat selama 3 minit.

Siap je panaskan, bau2an kuih tu mula menyelinap ke segenap opis, sampai ade yang tegur, "Bau apa yang sedap ni?" "Ade orang masak ke kat pantry?" Lalu aku pun dengan segan silunya menjawab, "Panaskan kuih semalam jeeee.." Then ade pulak yang cakap, "Sedap betul bau. Tu baru panaskan kuih. Cuba kalau Yazid masak, mesti lagi sedap." Ahahahahaaaaaa~~~ No komen yerrrrr.. Huhuhu..

Kuih yang tinggal satu je.. Sayang nak abiskan.. (Last2 abis gak)

Chow!!

2 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

nasib baik ade oven kt opis! hahahha

Ash said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@Mohd Khairi Khadzir : kalau takde pun, aku belasah je.. haha!!

My Followers

Jom Share2 Blog Kat Sini!!