Terbaru Dari Betol-betol Hangat!

Saturday, July 30, 2011

Big Plain Screen - The Unexpected 'Tolong, Awek Aku Pontianak'!

30 Julai 2011 - 12.10 am

Dah jadi kebiasaan aku pulak untuk review filem2 yang orang dah lama tengok kat pawagam. Yer la, aku tak sempat nak tengok kat wayang. So aku hanya leh review lepas tengok kat laptop je. Huhu. Anyway, jom mereview filem 'Tolong, Awek Aku Pontianak'!


Sebelum aku menonton filem ni sekejap tadi, aku memang sangat2 skeptik tentang apa yang bakal aku tengok. Sebab selepas apa yang berlaku pada KaraK, aku kembali tak percaya pada industri filem tempatan yang selalu sangat menghampakan penonton walaupun sebelum ni aku terpukau dengan Hantu Kak Limah. Tapi selepas aku habis menonton TAAP (Tolong Awek Aku Pontianak) tadi, aku terdiam. Terdiam seribu bahasa.....

Bukan terdiam sebab kecewa, tapi aku terdiam sebab terpegun. Aku tak sangka filem yang mempunyai title yang cukup2 'mega-spoiler', mampu untuk membuat aku terhibur sepanjang movie tu ditayangkan. Aku rasa semua penggiat seni filem tanah air patut back to basic, iaitu tujuan filem sebenarnya adalah untuk membuatkan penonton terhibur. TAAP berjaya mencetuskannya! :)

Dengar dari tajuk yang seperti gabungan 2 emosi, iaitu dari aspek melankolik dan juga melodrama (alamak, malas la nak guna perkataan2 berat2 nih.), seolah2 filem ni macam filem bodoh je. Tapi tak. Tak langsung! Idea yang cukup ringkas, tapi tak terlalu ringkas sampai buat penonton berasa dibodohkan.

Sinopsis cerita ni adalah pasal si Bob ni yang merupakan seorang yang 'loser', tapi sebenarnya bijak. Setelah break ngan awek manusianya, dia dan biawak hidup housematenya berpindah ke satu kawasan flat yang berpuaka. Tapi diorang tak tau, dan selepas mendapati yang diorang berjiran ngan 2 orang awek cun, terus hilang perasaan seram yang diorang rasa pada mulanya. Last2 Bob dan salah sorang dari awek tu iaitu Maya telah terjatuh chenta dan lepas tu Bob pun tau yg Maya tu sebenarnya adalah seorang pontianak. Lepas scene gaduh2 ngan kakak langsuir diorang, akhirnya Bob berjaya memecahkan sumpahan pontianak dengan cinta sejatinya (Shrek sangat) dan diorang hidup bahagia selama2nya.

Pertama sekali yang aku nak komen, dari segi lawak yang disuapkan kepada penonton. Terus terang aku katakan yang aku tak henti2 gelak masa tengok filem ni. Memang lawak habes! Tu aku tengok sorang2 tu. Kalau tengok kat panggung, mesti lagi meriah. Aku puji pengarah (James Lee) sebab berjaya membuat scene2 lawak yang cukup ringan dan menggelikan, tanpa perlu mewujudkan unsur2 slapstik (cough*Senario*cough). Lawak2 yang dijamu sangat refreshing, dan aku rasa dah lama penonton2 filem atau TV Malaysia dahagakan lawak2 sebegitu. 

Nak cerita satu2 mmg tak dapat la, sebab aku rasa hampir semuanya kelakar. Dengan scene kawan Bob yang agak intimate mase Bob break ngan awek manusianya tu, lagi scene2 tanpa dialog, hanya menunjukkan mimik muka pelakon dan scene yang juga mampu membuat aku tergelak terbahak2. Biasanya scene2 lawak begini hanya dibuat dalam filem2 dari China atau Hong Kong. Bab yang aku takleh blah, mase karox, mase Bob dan kawan2 opis dia flash-back, dan lain2 scene lagi. 

Pelakon2 juga memberikan lakonan yang aku leh bagi 2 thumbs up. Zahiril memang agak sesuai melakonkan watak Bob yang skema dan lurus dengan muka Zahiril yang seposen tu. Sazzy, Liyana dan Nurul juga berjaya memberikan aura 'pontianak' kepada penonton. Cuma Liyana je yang tak berapa menyerlah, mungkin sebab aku tak pernah tengok pontianak remaja. Pelakon2 pembantu juga memberikan sokongan yang padu. Harun Salim Bachik, Rasidi Ishak, Sufian, dan lain2 memang berjaya membawa watak masing2 dengan jayanya.

Ada jugak yang tak berapa kemas dalam filem ni, seperti adegan hantu berlawan, pertukaran plot dan beberapa benda, tapi aku rasa benda2 tu tak sedikitpun menjejaskan keseronokan menonton filem ni. 

Cukup la kot, aku dah ngantok sangat nih. Sok kena bangun awal, nak gi KL. So aku tergesa2 buat review sementara apa yang aku fikir ni masih fresh. So sekarang aku nak tido.

Chow!!

4 comments:

eddy syrol said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

saya sangat tidak menyukai filem seram yg tak berapa nak seram... #okbai..

bacalah http://eddysyrol.blogspot.com/2011/07/kecil-lagi-nak-solat.html

Ash said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@eddy syrol : ni bukan filem seram yerrrrr.. ni filem komedi..

anismelon said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

best ke cite nie..anis mmg tak suke tngk cite cite cam nie..saje saje nak tngk mmg tak lah kan..

Ash said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@anismelon : leh je try tengok.. tak rugi kot..

My Followers

Jom Share2 Blog Kat Sini!!