28 Julai 2011 - 9.31 am
Dah lama rasanya aku tak buat entry pasal binatang. Bukan manusia berhati binatang yer, tapi binatang yang berhati binatang. Haha!
Masa gempa bumi kat New Zealand baru-baru ni, sepasang ikan emas yang terperangkap dalam runtuhan gempa bumi telah berjaya hidup selama 134 hari tanpa makanan, dan yang lebih pelik, tanpa elektrik untuk membersihkan dan mengoksigenkan akuarium diorang.
Ikan2 emas tu yang diberi nama Shaggy dan Daphne, telah berjaya menghidupkan diri mereka kat dalam tangki 26 gelen kat reception Quantum Chartered Accountants di Christchurch, iaitu tempat yang dilanda gempa bumi hari tu.
Masa pekerja2 tengah memunggah barang2, diorang terkejut bila diorang jumpa 2 ekor ikan yang masih hidup tu. Sihat walafiat lak tu. Apa yang membolehkan diorang hidup 134 hari tanpa makanan dan elektrik? Jawapannya, taik diorang sendiri. Haha!!
Ikan2 emas tu tak ingat langsung tentang peristiwa tu. Haha!!
Chow!!
source : teddyhilton.com
0 comments:
Post a Comment