Terbaru Dari Betol-betol Hangat!

Sunday, July 10, 2011

Plain Drama - Tahajjud Cinta Ep 1

10 Julai 2011 - 1.14 pm

Pada Jumaat lepas, kita telah disajikan dengan kemunculan episod pertama drama bersiri Tahajjud Cinta, arahan Erma Fatima pada jam 9.00 malam. Drama ni dibarisi oleh pelakon2 yang gah dalam Malaysia ni iaitu Shah Jaszle, Fauziah Ghous, Nur Fazura, Aaron Aziz, Tiz Zaqyah, Remy Ishak, Fazreen, Neelofa, Erma Fatima, Norish Karman, Dira Abu Bakar (Melodi), Ziela Jalil, Azizah Mahzan, Melissa Saila, Eman Manan, Datuk Ahmad Tamimi Siregar, Tan Sri Datuk Jins Shamsudin dan ramai lagi.


Aku pada mulanya sangat mengharap sesuatu yang hebat dari drama ni. Dengan pengarah yang bukan calang2, pelakon2 yang meletop, slot Zehra yang sangat berprestij, konsep ketuhanan yang sekarang tengah hot, tapi malangnya, harapan kecundang....

Ada banyak flaw yang aku sangat2 tak expect dalam drama yang sepatutnya boleh merangkul peminat pada tayangan pertama. Antaranya,

- Pertukaran dari satu scene ke scene yang lain adalah terlalu cepat. Kalau scene berbeza tapi situasi yang sama takpe lagi, tapi scene yang berbeza dan alam yang berbeza! Dari babak perdebatan agama kat Mesir, tetibe ke babak anak yang merajuk sebab tak dapat masuk U kat Malaysia.

- Olahan watak tak cukup mencengkam. Seperti pengarah terburu2 untuk memperkenalkan banyak watak dalam satu episod pengenalan, penonton tak sempat untuk mendalami setiap karekter yang muncul dalam episod 1 tu. Lepas habis episod tu pun, aku masih tak dapat nak paham sesetengah karekter.

- Watak yang tak realistik. Macam mana seorang pelajar yang sangat dalam pengetahuan agamanya mempunyai parent yang seakan2 takde pengetahuan agama langsung. Bukan aku nak kata benda tu tak logik, tapi sangat unlikely. Lagi satu, anak yang dibesarkan dalam persekitaran beragama, boleh pulak merajuk tak nak makan bila tak dapat masuk U sebab parent tak mampu. I mean, please la, be realistic!! Jangan hanya sebab for the sake of continuous effect of the story, benda2 yang kecil dipinggirkan.

- Skrip loose. Skrip (arabic dan malay) seakan2 mengejar2 sesuatu. Fazura yang dah bertahun2 duduk kat Mesir masih pelat2 menyebut perkataan dalam bahasa Arab. Tapi ni boleh la dimaafkan sebab bukannya si Fazura tu biasa cakap arab pun. Tapi macammana dengan skrip dalam bahasa melayu, perbualan antara orang melayu dengan orang melayu, seolah2 sangat terikat dengan skrip yang terlalu berbunga2, sampai kedengaran sangat2 scripted!

- Lakonan yang 'murah' dari pelakon yang tak murah (sangat). Aku terkejut masa tengok lakonan Azizah Mahzan yang sangat 'plastik' masa anak dia si Fazura tanya sesuatu pasal agama (aku tak ingat). Lakonan yang sangat tak menjadi.

- Lagu tema yang aku rasa tak cukup 'gah' untuk drama. Mati2 aku ingat diorang akan gunakan lagu2 dalam Album Tahajjud Cinta, Dato' Siti Nurhaliza dalam drama ni. Sebab aku ada album tu, dan lagu2 dalam tu mmg sangat best dan sesuai.


Aku rasa cukup la kot apa yang aku taip ni. Tapi terus terang aku cakap yang aku takkan tertunggu2 untuk menonton episod seterusnya. Kalau masa tu aku takde apa nak buat, baru la aku tengok kot. 

Chow!!

2 comments:

Abu Bagi said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

oh aku tak tengok lagi drama ni..msti best kan..

Ash said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@ABU
bagi aku kureng sket la..

My Followers

Jom Share2 Blog Kat Sini!!