Terbaru Dari Betol-betol Hangat!

Sunday, July 10, 2011

Big Plain Screen - The Green Lantern

10 Julai 2011 - 8.04 pm

Pada 9 Julai iaitu semalam, aku dan Kaki Wayang iaitu owner blog D'Informationz telah berfoya2 bersiar2 berjalan2 kat East Coast Mall, Kuantan untuk menonton movie. Mulanya plan nak tengok 1 movie je iaitu Transformers 3, tapi Kaki Wayang tu tak sah kalau tengok 1 movie je, so lepas habis Transformers, kitorang tengok lak 1 lagi movie iaitu The Green Lantern.


Terlebih dulu, aku citer la sket sinopsis The Green Lantern ni dari apa yang aku tengok semalam. Movie ni berkisarkan seorang lelaki yang playboy (katernyer) dan sentiasa tak ada komitmen dalam hidup, tetibe pada satu hari menerima satu cincin yang mempunyai power yang membolehkan pemakainya mencipta sesuatu yang difikirkannya ke alam nyata. Warna hijau adalah warna keazaman (juga katernyer), dan warna musuh diorang adalah warna kuning iaitu warna ketakutan (juga katernyer).

Bagi aku, movie ni agak tak best dan tak seronok ditonton. Mungkin disebabkan kesan ke'awesomeness' Transformers yang aku tonton sebelum tu, tapi memang aku rasa tak sabar nak tunggu movie ni habis. Tapi mungkin juga disebabkan oleh orang yang duduk seat belakang kitorang tu mempunyai bau badan yang ala2 kurang ajar. Nak muntah hakoo!! Citer pasal tu ade kat sini.

Ok, berbalik kepada The Green Lantern, aku nak buat review sket.

- Watak Hal (Ryan Reynolds) sebagai seorang yang tak bertanggungjawab playboy sangat tak boleh dipercayai. Pendek kata, unconvincing. Sikap playboy dan tak bertanggungjawab tu hanya kata2 sebab tak pernah nampak pun Hal bersifat camtu sepanjang movie. Lagi satu, Ryan memang mempunyai body yang mantop tak hengat dan wajah yang giler hensem, tapi kelihatan macam agak tak sesuai untuk melakonkan watak The Green Lantern. Kelihatan seperti Ryan agak kontrol hensem dan kontrol macho dalam movie ni, tapi dari sudut yang tak berkaitan dengan wataknya yang playboy tu. Bagaimanapun, watak tu merupakan sesuatu yang 'baru' kepada Ryan dalam bidang lakonan setelah sekian lama tak jadi superhero sejak movie X-Men Origins : Wolverine yang mana Ryan memegang watak Deadpool, seorang askar yang mahir menggunakan pedang (yang samar2 menunjukkan watak tu gay ketika scene dalam lif, tapi mungkin aku yg salah tengok. hehe.).

- Kurang aksi (bagi aku la). Macam ada pause yang agak lama dari satu scene aksi ke scene aksi yang lain. Dan scene yang takde aksi tu agak meleret2 dan tak signifikan. Aku masih ingat filem2 Spiderman, yang mana masa scene takde aksi, scene2 leleh yang dipaparkan adalah signifikan ngan jalan cerita dan juga seronok ditonton. Berlainan ngan The Green Lantern, scene2 yang cheesy adalah sesuatu yang betol2 memuakkan. :P

- Walau macammanapun, movie ni ada konsep atau tema yang agak menarik. Watak Hal yang sebelum ni tak bertanggungjawab, akhirnya menyedari potensi dalamannya dan bertukar menjadi superhero yang berkaliber (gehtoooo). Tapi agak sama ngan Thor di akhir2 movie bila Hal sedar yang dia mempunyai tanggungjawab sebagai sorang penyelamat bangsa. Amekkaoo!!

Ok, tu je kot yang aku leh tulis. Sebenarnya ada lagi, tapi dah lupa. Semalam lepas tengok movie tu ade yang nak komen, tapi dah tak ingat.. Haha!!

Chow!!

0 comments:

My Followers

Jom Share2 Blog Kat Sini!!