Terbaru Dari Betol-betol Hangat!

Sunday, July 10, 2011

Plain Moron - Movie With Extra Flavor

10 Julai 2011 - 8.442 pm

Pada hari semalam iaitu 9 Julai, aku dan Kaki Wayang iaitu owner blog D'Informationz gi menonton movie kat East Coast Mall, Kuantan. Aku bukan nak citer pasal movie2 tu sebab aku ada post entry yang lain pasal tu kat sini. Tapi aku nak citer pasal sesuatu yang sangat aku tak gemar yang berlaku masa kitorang tengok movie tu.

Movie yang kitorang nak tengok tu ialah The Green Lantern, dan movie tu start pada jam 2.50pm. So lepas keluar dari hall Transformers pada 2.40pm, kitorang pun terkejar2 masuk semula panggung untuk tengok movie ni lak.


Masa masuk tu, takde orang lagi sebab mungkin masih awal. Tapi lama-kelamaan, makin ramai orang masuk. Sampai la ketika orang2 yang duk seat belakang kitorang masuk dan duduk kat seat diorang. Mase diorang lalu kat belakang aku, aku dah dapat hidu bau sesuatu yang sangat memualkan, malah lebih memualkan dari Syuib Sepah. 

Bau badan yang sangat meletop!! Bukan bau yang meletop secara baik, tapi bau yang sangat mengganggu ketenteraman awam. Orang yang berbau ala2 kurang ajar tu duduk belakang seat Kaki Wayang, dan Kaki Wayang dah tunjuk muka pelik. Of kos la, kalau tetibe ketenteraman hidung diganggu oleh bau yang agak bangsat. Kaki Wayang cakap, orang yang duduk sebelah dia pun dah start tutup hidung. Even aku sendiri pun tak tahan, terpaksa mengkedepankan badan aku untuk mengurangkan bau. 


Oleh sebab aku dah tak tahan, aku even cakap kat Kaki Wayang, "Takde ke sesuatu yang boleh kita beli untuk hilangkan bau busuk ni?" Aku memang sengaja cakap secara kuat dan aku sure orang yang berbau tu dengar apa yang aku cakap sebab masa tu skrin tak on lagi, so suasana dalam panggung agak senyap. Kaki Wayang pun terkejut dengar aku cakap camtu, pastu dia pun sambung, "Ko gi la beli benda yang boleh hilangkan bau." Hahaha!!

Last2 kitorang tak beli apa2 dan teruskan menonton movie tu sambil dijamu ngan bau yang sangat 'keji' tak hengat. Nasib baik la bau tu tak menjelma sepanjang masa. On off gak. Tapi bila terbau, memang rasa nak pitam.

Jadi nasihat aku untuk orang2 yang nak gi menonton wayang atau nak gi mana2 tempat awam, sila la pastikan badan anda tak menghasilkan bau2an yang kurang menyenangkan dan boleh mengganggu ketenteraman awam. Sesungguhnya itu adalah satu penganiayaan terhadap makhluk2 yang lain. Haha!!

Chow!!

4 comments:

Kaki Wayang said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Itulaaaaa...aku rasa ya Allah..kemonlaaaa..aku macam nak pengsan je..aku yang xpakai wangian pown xse"wangi" itew..sangat keji...aku xtau mcm mana ngn org kat blakang dia..kat sebelah dan kengkawan dia t..sangat "WANGI"..macam bau BVALGRI

eddy syrol said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

hehehe... mesti pengalaman paling mengerikan dalam diary kehidupan korang

Ash said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@Kaki Wayang
Yang aku heran, kawan2 dia tak tegur ke badan dia berbau ala2 sugar glider dalam musim mengawan? Kalau ada kawan aku yang rapat ada badan berbau, sure aku akan bagitau sebab tu untuk kebaikan dia gak.. Aku rasa org tu tak kenal deodoran..

Ash said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@eddy syrol
memang sangat mengerikan occay!! rase nak jerit2 je mase tu, meroyan puas2.. haha!!

My Followers

Jom Share2 Blog Kat Sini!!