Terbaru Dari Betol-betol Hangat!

Tuesday, July 26, 2011

Plain Me - Perhimpunan Bulanan In The Making

26 Julai 2011 - 1.12 pm

Dah masuk time rehat. Masa untuk update blog. :)

Kemungkinan pada 12 Ogos atau 19 Ogos ni, turn Jabatan aku untuk meng'urusetia'kan Perhimpunan Bulanan Politeknik Muadzam Shah. Untuk kali ni, aku diberikan 3 tugas iaitu :

1. Emcee / Pengacara majlis (Bahasa Inggeris)
2. Buku Program
3. Cenderahati

Oleh kerana tak lama lagi nak berlangsung, maka aku pun mula la kerja2 yang berkaitan. Untuk emcee, aku dah berjaya pinjam buku emcee yang kebetulan ada skrip emcee dalam BI, walaupun untuk acara yang berbeza. Sekurang2nya, ada la rujukan untuk aku. Maklumla, aku tak pernah buat skrip emcee dalam BI sebelum ni.

Walaupun skrip dalam buku ni agak simple, tapi ok la. At least aku ada sesuatu untuk dirujuk. Tak perlu la start from scratch.

 Buku program juga, aku dah mulakan pembikinannya. Aku nak buat sesuatu yang agak berlainan dari buku2 program tipikal yang biasa jabatan lain buat sebelum ni. Oleh kerana ianya bernama 'buku program', jadi aku nak jadikan ianya betul2 sebuah buku, literally. Digabungkan dengan Cakna Ilmu : Compressed Edition. Tapi baru siap cover buku. Haha!! Takpe, untuk isi kat dalam tu, terpulang pada staf2 yang lain untuk isi apa. Aku tukang design dan susun layout je. :P

 Ni bukan cover yang final. Masih ada pembetulan yang perlu dibuat.

 Ni pulak cenderahati sampingan yang aku akan letak kat dalam buku program tu. Just penanda buku yang simple je. Tapi ada sesuatu yang menambah ciri2 unik iaitu, jalur emas kat bahagian atas dan bawah penanda buku tu. *Nak jugak buat kelainan kannnn*

Contoh penanda buku yang dah siap. Dah siap satu, so ada lagi 191 yang nak kena ikat reben. :P Aku suka ayat dalam pic tu : Blessed are those who can give without remembering and take without forgetting.

Bagi cenderahati pula, aku kena tunggu orang yang handle cenderahati balik dari mengiring student ke Festival Kesenian Islam, baru la kitorg leh plan tentang cenderahati. Part ni aku takde sumbang idea sangat. Just tolong diorang wrapping je kot. Maklumla, aku ni kalau bab2 wrapping hadiah ke, hamper ke, mmg hebat!! Hahaha!!

Ok, nak sambung wat keje.

Chow!!

2 comments:

eddy syrol said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

banyak tugas ko zid..cam pengarah program lak...BTW, nak satu penanda buku..huhuhu...

Ash said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@eddy syrol : biase la.. aku kan multitasking.. huhu.. laaa, penanda buku cikai2 camtu pun ko nak ke? :P

My Followers

Jom Share2 Blog Kat Sini!!