Terbaru Dari Betol-betol Hangat!

Saturday, July 30, 2011

Big Plain Screen - The Unexpected 'Tolong, Awek Aku Pontianak'!

30 Julai 2011 - 12.10 am

Dah jadi kebiasaan aku pulak untuk review filem2 yang orang dah lama tengok kat pawagam. Yer la, aku tak sempat nak tengok kat wayang. So aku hanya leh review lepas tengok kat laptop je. Huhu. Anyway, jom mereview filem 'Tolong, Awek Aku Pontianak'!


Sebelum aku menonton filem ni sekejap tadi, aku memang sangat2 skeptik tentang apa yang bakal aku tengok. Sebab selepas apa yang berlaku pada KaraK, aku kembali tak percaya pada industri filem tempatan yang selalu sangat menghampakan penonton walaupun sebelum ni aku terpukau dengan Hantu Kak Limah. Tapi selepas aku habis menonton TAAP (Tolong Awek Aku Pontianak) tadi, aku terdiam. Terdiam seribu bahasa.....

Bukan terdiam sebab kecewa, tapi aku terdiam sebab terpegun. Aku tak sangka filem yang mempunyai title yang cukup2 'mega-spoiler', mampu untuk membuat aku terhibur sepanjang movie tu ditayangkan. Aku rasa semua penggiat seni filem tanah air patut back to basic, iaitu tujuan filem sebenarnya adalah untuk membuatkan penonton terhibur. TAAP berjaya mencetuskannya! :)

Dengar dari tajuk yang seperti gabungan 2 emosi, iaitu dari aspek melankolik dan juga melodrama (alamak, malas la nak guna perkataan2 berat2 nih.), seolah2 filem ni macam filem bodoh je. Tapi tak. Tak langsung! Idea yang cukup ringkas, tapi tak terlalu ringkas sampai buat penonton berasa dibodohkan.

Sinopsis cerita ni adalah pasal si Bob ni yang merupakan seorang yang 'loser', tapi sebenarnya bijak. Setelah break ngan awek manusianya, dia dan biawak hidup housematenya berpindah ke satu kawasan flat yang berpuaka. Tapi diorang tak tau, dan selepas mendapati yang diorang berjiran ngan 2 orang awek cun, terus hilang perasaan seram yang diorang rasa pada mulanya. Last2 Bob dan salah sorang dari awek tu iaitu Maya telah terjatuh chenta dan lepas tu Bob pun tau yg Maya tu sebenarnya adalah seorang pontianak. Lepas scene gaduh2 ngan kakak langsuir diorang, akhirnya Bob berjaya memecahkan sumpahan pontianak dengan cinta sejatinya (Shrek sangat) dan diorang hidup bahagia selama2nya.

Pertama sekali yang aku nak komen, dari segi lawak yang disuapkan kepada penonton. Terus terang aku katakan yang aku tak henti2 gelak masa tengok filem ni. Memang lawak habes! Tu aku tengok sorang2 tu. Kalau tengok kat panggung, mesti lagi meriah. Aku puji pengarah (James Lee) sebab berjaya membuat scene2 lawak yang cukup ringan dan menggelikan, tanpa perlu mewujudkan unsur2 slapstik (cough*Senario*cough). Lawak2 yang dijamu sangat refreshing, dan aku rasa dah lama penonton2 filem atau TV Malaysia dahagakan lawak2 sebegitu. 

Nak cerita satu2 mmg tak dapat la, sebab aku rasa hampir semuanya kelakar. Dengan scene kawan Bob yang agak intimate mase Bob break ngan awek manusianya tu, lagi scene2 tanpa dialog, hanya menunjukkan mimik muka pelakon dan scene yang juga mampu membuat aku tergelak terbahak2. Biasanya scene2 lawak begini hanya dibuat dalam filem2 dari China atau Hong Kong. Bab yang aku takleh blah, mase karox, mase Bob dan kawan2 opis dia flash-back, dan lain2 scene lagi. 

Pelakon2 juga memberikan lakonan yang aku leh bagi 2 thumbs up. Zahiril memang agak sesuai melakonkan watak Bob yang skema dan lurus dengan muka Zahiril yang seposen tu. Sazzy, Liyana dan Nurul juga berjaya memberikan aura 'pontianak' kepada penonton. Cuma Liyana je yang tak berapa menyerlah, mungkin sebab aku tak pernah tengok pontianak remaja. Pelakon2 pembantu juga memberikan sokongan yang padu. Harun Salim Bachik, Rasidi Ishak, Sufian, dan lain2 memang berjaya membawa watak masing2 dengan jayanya.

Ada jugak yang tak berapa kemas dalam filem ni, seperti adegan hantu berlawan, pertukaran plot dan beberapa benda, tapi aku rasa benda2 tu tak sedikitpun menjejaskan keseronokan menonton filem ni. 

Cukup la kot, aku dah ngantok sangat nih. Sok kena bangun awal, nak gi KL. So aku tergesa2 buat review sementara apa yang aku fikir ni masih fresh. So sekarang aku nak tido.

Chow!!

Friday, July 29, 2011

Plain (Not So) Hungry - 'Aku Sepotong Kek' Story...

29 Julai 2011 - 4.49 pm

Aku adalah sepotong kek. Aku dibeli oleh Cik Farina, dan dibawa ke opis beliau. Di opis tersebut, aku diberikan kepada En Yazid kerana staf yang lain tak berapa sukakan aku (kot). Lalu aku pun dimakan oleh En Yazid yang memang gemarkan kek coklat.

 Pada jam 8.50 pagi, aku diberikan kepada En Yazid, dan beliau mula memakan aku. Aku sangat gembira kerana dimakan oleh seorang yang hensem dan cute! :)

 Aku dimakan sedikit demi sedikit oleh En Yazid. Sehingga jam 9.29 pagi masih banyak lagi 'portion'ku yang masih belum dimakan. Aku sangat suka dimakan dengan cara begini.

Pada jam 2.48 petang, aku sudah sedikit kering. Coklat cair di atas badanku juga sudah beku dan tak berkilat. Tapi En Yazid masih gigih mahu menjamah aku. Terharu sangat!

 Akhirnya pada 3.45 petang, pisang yang berada di atas badanku telah dimakan oleh En Yazid. Awet muda katernyer.. Rasa macam dara diragut lak bila En Yazid makan pisang tu (melampau lak aku nih-yazidy).

 Pada jam 3.59 petang, hanya sedikit dari diriku yang tinggal. Aku sangat terharu sebab En Yazid mampu menghabiskan saki-baki diriku yang dah kering dan tak moist ni sebab dah lama terbiar dalam bilik ber-aircond.

4.18 petang - Tamatlah kisah hidupku, Sepotong Kek. 

Aku sangat gembira kerana telah dimakan oleh seorang yang baik hati, penyayang, hensem, cute walaupun kurang macho iaitu En Yazid. Aku bersyukur kepada Allah kerana aku tidak dibazirkan begitu sahaja. :)

Chow!!

ps : dialog tu hanya rekaan semata-mata yer.. tapi timeline aku makan kek tu memang betul. ambik masa sehari gak nak habiskan kek tu. :)

Thursday, July 28, 2011

Plain Cool! - D.I.Y. Danbo!

28 Julai 2011 - 10.36 pm

Mase aku blog-walk petang tadi, aku terjumpa satu post yang sangat2 menarik, iaitu post tentang cara2 buat papercraft karekter Danbo. Post tu dibuat oleh Mr Ipai di blog beliau, ipai-ans.blogspot. Aku terus tertarik dan bercita2 untuk buat gak papercraft tu. Akhirnya setelah berhempas pulas, pada jam 10.15 pm tadi, siap gak si Danbo tu. Tapi version yang aku buat ni kaler putih, sebab takde printer kaler. Huhu.. Di samping tu, aku buat gak satu lagi papercraft yang agak ringkas untuk berdamping berkawan ngan si Danbo tu. Ni pic2nya.

 Danbo dan makhluk dalam kotak. Printer black & white je, so kualiti Danbo ngan makhluk tu tak berapa nak cantik. Tapi aku tetap puas hati sebab berjaya me'real'kan Danbo itu.

 Ni versi yang diambil tanpa flash. Yang best ttg papercraft Danbo tu, kepala, tangan dan kakinya boleh digerak-gerakkan. Puas hati lepas penat gigih menggunting dan melekat. Tapi aku tak gunakan gam. Aku guna double-sided tape. Haha!! Lagi senang dan tak perlu tunggu gam tu kering.

 Ni la makhluk yang meneman Danbo. Aku tak tau la karekter ape, tapi kat bahagian belakang dia ada tulis 'Cut The Rope'. Tak kisah la. Dia pun leh tahan cute. Eh jap, aku lupa nak 'on'kan flash, so tak berapa nak nampak makhluk tu kat dalam kotak.

 Ok, dah 'on' flash. Kan nampak tu. Cute kan!!

Diorang2 ni aku cadang nak letak depan TV je. Yer, TV aku mmg tak clear siarannya. Hahaha!!

Ok, tu je. Thanks bebanyak kepada Mr Ipai sebab buat entry yang awesome tu! Bila aku tengok kat link yang dia bagi tu, ade banyak lagi papercraft. Aku berangan nak buat semua!! Hahaha!!

Kalau korang nak try buat, leh try gi kat sini (Danbo papercraft), sini (DevianArt) dan sini (CubeeCraft).

Chow!!

Plain Contest - BEN ASHAARI CARI BLOG.. CEPAT!

28 Julai 2011 - 12.37 pm

Sekali lagi aku nak join contest blog, dan kali ni kelolaan father of blogger kat Malaysia ni, iaitu havang Ben Ashaari yang body ketak2 tu. 

Klik mana kalau nak join? Klik sini je...

Now aku nak taip ape ek? Abg Ben cakap leh tulis ape2 je. Hmmm.. Ok la.. Malam tadi aku replay tengok Glee season 1 episode 17 yang bertajuk Bad Reputation. Baru aku terperasan yang Rachel nyanyi lagu Total Eclipse Of My Heart tu dengan 3 orang sekaligus iaitu Jessie, Finn dan Puck. Aku ingat dia nyanyi ngan Finn  je. Leh ke citer pasal ni? Belasah je la! Hahahaha!!

Chow!

Plain Amazing! - Starved But Kicking Goldfish!


28 Julai 2011 - 9.31 am

Dah lama rasanya aku tak buat entry pasal binatang. Bukan manusia berhati binatang yer, tapi binatang yang berhati binatang. Haha! 

Masa gempa bumi kat New Zealand baru-baru ni, sepasang ikan emas yang terperangkap dalam runtuhan gempa bumi telah berjaya hidup selama 134 hari tanpa makanan, dan yang lebih pelik, tanpa elektrik untuk membersihkan dan mengoksigenkan akuarium diorang.

Ikan2 emas tu yang diberi nama Shaggy dan Daphne, telah berjaya menghidupkan diri mereka kat dalam tangki 26 gelen kat reception Quantum Chartered Accountants di Christchurch, iaitu tempat yang dilanda gempa bumi hari tu.

Masa pekerja2 tengah memunggah barang2, diorang terkejut bila diorang jumpa 2 ekor ikan yang masih hidup tu. Sihat walafiat lak tu. Apa yang membolehkan diorang hidup 134 hari tanpa makanan dan elektrik? Jawapannya, taik diorang sendiri. Haha!!

Taik2 diorang telah membiakkan bakteria dalam akuarium tu, dan bakteria2 tu telah mewujudkan persekitaran yang sesuai untuk ikan2 emas tu hidup. Akuarium tu telah dibersihkan dan dioksigenkan dan dinutrienkan oleh bakteria2 tu. Hebatnya alam! Subhanallah!

Ikan2 emas tu tak ingat langsung tentang peristiwa tu. Haha!!


Chow!!

source : teddyhilton.com

Wednesday, July 27, 2011

Plain Me - Eating Yesterday's Food

27 Julai 2011 - 1.31 pm

Aku kalau hari2 bekerja2, memang jarang keluar gi lunch sebab biasanya time tengahari, aku masih kenyang sebab dah makan pada pukul 10 pagi. Memang selalunya aku akan makan 2 kali je sehari, iaitu pagi pukul 10, dan lepas tu makan malam dalam pukul 8-9 gehtoo. Tapi tengah hari ni aku tetibe leh rasa agak lapar. Lepas tu, aku teringat yang petang semalam aku ada beli kuih untuk dinner, dan kuih tu tak habis lagi, dan aku ada bawak kuih tu ke opis hari ni.

So aku pun dengan rakusnya membukak plastik kuih tu, dan setelah menghidu ala2 Wolverine, aku dapati kuih2 tu tak menghasilkan bau2 yang menunjukkan ia dah busuk. So leh makan lagi la ni. Kuih tu ade 2 bijik je, iaitu kuih kasturi dan kuih yang buat guna kacang dal tu, aku tak ingat nama dia. Lalu dengan gigihnya, aku pun memasukkan kuih2 tersebut ke dalam microwave kat opis ni dan reheat selama 3 minit.

Siap je panaskan, bau2an kuih tu mula menyelinap ke segenap opis, sampai ade yang tegur, "Bau apa yang sedap ni?" "Ade orang masak ke kat pantry?" Lalu aku pun dengan segan silunya menjawab, "Panaskan kuih semalam jeeee.." Then ade pulak yang cakap, "Sedap betul bau. Tu baru panaskan kuih. Cuba kalau Yazid masak, mesti lagi sedap." Ahahahahaaaaaa~~~ No komen yerrrrr.. Huhuhu..

Kuih yang tinggal satu je.. Sayang nak abiskan.. (Last2 abis gak)

Chow!!

Plain Contest - Wordless Wednesday Contest 3

27 Julai 2011 - 12.48 pm
.............................................................................................................................
Title : After-rain Affection.

(Gambar yang di snap selepas hujan kat atas lantai koridor kat ofis aku)

Nak join contest ni? Klik sini.
..............................................................................................................................

Tuesday, July 26, 2011

Plain Drama - Glee Kids Will Stay!!

26 Julai 2011 - 8.26 pm

Kalau dulu aku ada buat satu entry yang agak melodrama pasal budak2 Glee yang akan graduate dalam season 3 nanti, so agak sedih sebab tak dapat menengok diorang lagi dalam Glee season 4. Tapi baru2 ni, Brad Falchuck iaitu salah seorang dari penulis Glee mengatakan sesuatu yang sangat menarik! Ni antara yang dia cakap :

"Hanya sebab diorang akan graduate, tak bermakna yang diorang akan meninggalkan siri ni. Tak pernah terlintas pun dalam kepala hotak kitorang untuk melepaskan budak2 yang sangat berbakat ni. Lepas graduate nanti, diorang tetap akan muncul dalam Glee. Jangan risau yer..."

Tu la lebih kurang selepas aku translatekan. So bagi peminat2 Glee, tak perlu sedih sebab Rachel, Kurt dan Finn akan kekal dalam Glee!! Weeheeeeeeee!!! :)


Chow!!

Plain Weird - Similarity Between Movies

26 Julai 2011 - 6.52 pm

Malam tadi aku telah menonton movie yang agak best dan kelakar, iaitu Megamind. Dulu aku pernah gak tengok movie ni, tapi tak fokus sangat. So malam tadi aku tengok dengan penuh konsentrasi, dan bila movie tu habis, aku sedar yang movie tu ade iras2 movie Despicable Me dari segi plotnya. Dan ini membuatkan aku teringat yang memang ada banyak movie2 yang keluar dari US, yang mana movie2 tu mempunyai plot yang hampir sama, dan yang lebih weird, dikeluarkan dalam tahun yang sama. Antara movie2 tu ialah :

1. Movie pasal gunung berapi



2. Filem pasal semut yang berjaya mengubah nasibnya



3. Filem pasal pergi Marikh



4. Filem animasi pasal orang jahat yang jadi baik



5. Filem pasal bumi yang diancam asteroid/meteor



6. Filem pasal anak perempuan presiden Amerika



7. Filem pasal askar yang penuh kegigihan dan harga diri (katernyer)



Setiap pasangan filem2 yg serupa ni ditayangkan dalam tahun yang sama. Hebat tak?

Chow!!

Plain Scary - Woman Cuts Off Her Hubby's Pee-Pee

26 Julai 2011 - 7.01 pm

Seorang wanita kat US membalas dendam pada suami dia dengan cara yang paling mengerikan bagi seorang lelaki. Macam mana? Hehe. Baca la cerita ni.... :P

Wanita tu, Catherine Kieu tak berapa gemar bila suami dia ajak kawan dia bermalam kat rumah diorang. Oleh kerana si Kieu ni agak super-jeles, pada satu hari dia telah meletakkan sesuatu kat dalam makanan malam yang dia masak untuk suami dia. Selepas makan, suami dia rasa sangat penat dan terus tidur kat atas katil. 

Bila dia tersedar, kaki dan tangan dia dah kena ikat kat katil tu. Si Kieu ni kemudian naik atas badan suami dia sambil memegang sebilah pisau. Dengan sekali lafaz hayun, Kieu telah memotong alat sulit / kemaluan suami dia dan campakkan pee-pee yang dah kena potong tu ke dalam tong sampah!

Wanita psiko itu.

Hahaha!! Seriau siot!! Aku baca ni pun meremang bulu roma. Macam terasa-rasa lak bab kena potong tu. Habis la, dah jadi Anu Dalam Botol. :P

Chow!!

Plain Me - Perhimpunan Bulanan In The Making

26 Julai 2011 - 1.12 pm

Dah masuk time rehat. Masa untuk update blog. :)

Kemungkinan pada 12 Ogos atau 19 Ogos ni, turn Jabatan aku untuk meng'urusetia'kan Perhimpunan Bulanan Politeknik Muadzam Shah. Untuk kali ni, aku diberikan 3 tugas iaitu :

1. Emcee / Pengacara majlis (Bahasa Inggeris)
2. Buku Program
3. Cenderahati

Oleh kerana tak lama lagi nak berlangsung, maka aku pun mula la kerja2 yang berkaitan. Untuk emcee, aku dah berjaya pinjam buku emcee yang kebetulan ada skrip emcee dalam BI, walaupun untuk acara yang berbeza. Sekurang2nya, ada la rujukan untuk aku. Maklumla, aku tak pernah buat skrip emcee dalam BI sebelum ni.

Walaupun skrip dalam buku ni agak simple, tapi ok la. At least aku ada sesuatu untuk dirujuk. Tak perlu la start from scratch.

 Buku program juga, aku dah mulakan pembikinannya. Aku nak buat sesuatu yang agak berlainan dari buku2 program tipikal yang biasa jabatan lain buat sebelum ni. Oleh kerana ianya bernama 'buku program', jadi aku nak jadikan ianya betul2 sebuah buku, literally. Digabungkan dengan Cakna Ilmu : Compressed Edition. Tapi baru siap cover buku. Haha!! Takpe, untuk isi kat dalam tu, terpulang pada staf2 yang lain untuk isi apa. Aku tukang design dan susun layout je. :P

 Ni bukan cover yang final. Masih ada pembetulan yang perlu dibuat.

 Ni pulak cenderahati sampingan yang aku akan letak kat dalam buku program tu. Just penanda buku yang simple je. Tapi ada sesuatu yang menambah ciri2 unik iaitu, jalur emas kat bahagian atas dan bawah penanda buku tu. *Nak jugak buat kelainan kannnn*

Contoh penanda buku yang dah siap. Dah siap satu, so ada lagi 191 yang nak kena ikat reben. :P Aku suka ayat dalam pic tu : Blessed are those who can give without remembering and take without forgetting.

Bagi cenderahati pula, aku kena tunggu orang yang handle cenderahati balik dari mengiring student ke Festival Kesenian Islam, baru la kitorg leh plan tentang cenderahati. Part ni aku takde sumbang idea sangat. Just tolong diorang wrapping je kot. Maklumla, aku ni kalau bab2 wrapping hadiah ke, hamper ke, mmg hebat!! Hahaha!!

Ok, nak sambung wat keje.

Chow!!

Plain Me - Is It The Same?

26 Julai 2011 - 12.11 am

Minggu lepas masa aku gi sebuah cyber cafe dan bukak blog aku kat situ, aku terperasan sesuatu. Aku terperasan bahawa blog aku yang aku nampak kat laptop aku, tak sama dengan apa yang aku nampak kat cyber cafe tu. Ni maknanya, apa yang orang lain nampak bila bukak blog aku mungkin tak sama dengan apa yang aku harapkan orang lain nampak. Contohnya, mungkin font tak sama, warna tak sama, layout tak sama dan lain2 yang tak sama. Jadi kat sini aku nak letak print screen blog aku yang aku nampak kat laptop aku, dan aku harap korang nampak sama seperti yang aku nampak. Kalau tak sama, sori k. Mesti tak santek kalau tak sama seperti yang aku harapkan. :P

Sama tak ngan apa yang korang nampak? Kalau nak besarkan pic tu, klik je k.

Chow!!

Monday, July 25, 2011

Plain Me - Is This A Virus Doing?

25 Julai 2011 - 12.22 pm

Kul 11 tadi aku gi keluar makan jap. Tup2, bila aku balik, aku tengok laptop aku dah jadi pelik. Ni print screen laptop aku :


Aku harap benda ni temporary jer.. Harap bukan lah virus2 yg tengah tersebar kat FB sekarang neh.. :(

Chow!!

Plain GA - Anis.. Nak Kupon Ayamas Boleh??

25 Julai 2011 - 10.30 am

Aku ni jenis jarang nak join segmen. Tapi kalau GA atau contest yg melibatkan kreativiti (bukan sekadar undian random semata2), memang aku nak join sesungut sesangat!! So kali ni, aku nak join GA yang dibuat oleh blogger kiut miut cantik jelita (bodek tak hengat), Anis Melon.



GA ni mintak slogan. So slogan aku :

Anis, Yazidy nak kupon nie sebab Yazidy tak pernah makan kat Ayamas. Teringin gak nak makan kat situ, untung2 dapat jumpa Mawi (Eh, Mawi buka ke duta Marry Brown? Bukan Ayamas kan? Lantak la). Lagipun orang cakap Ayamas ni hagak sedap. So nak try la yerrrrr.. (40 patah perkataan)

Ok, tu je. :)

Chow!!

Plain Me - English Emcee Sample, Anyone?

25 Julai 2011 - 9.33 am

Memang dah jadi lumrah bagi seorang yang keje gomen untuk menghadiri Perhimpunan Bulanan. Sama jugak dengan aku dan tempat keje aku ni. Memang tiap2 bulan ada Perhimpunan Bulanan (dah nama pun bulanan kan). Jadi untuk PB bulan Ogos nanti, turn jabatan aku lak untuk kendalikan. Oleh sebab aku dalam Jabatan Pengajian Am, jadi kitorang bercadang nak buat PB tu dalam Bahasa Inggeris.

Memang satu idea yang menarik, tapi masalahnya, aku dilantik (sebenarnya aku yang volunteer) menjadi emcee, dan aku tak pernah jadi emcee dalam acara berBahasa Inggeris!!


Jadi aku nak mintak tolong kat kawan2 blogger, siapa2 yang ada sample emcee dalam BI, leh tak nak mintak tolong emel kat aku? Please yerrrrr... Nanti aku bagi ganjaran yang tak seberapa.. Tak pun aku leh lukiskan gambar kartun/potret korang.. Ok tak? (Dah macam Give Away lak).

Ni emel aku : yazidy81@yahoo.com
Tolong yerrrr... :)

Chow!!

Sunday, July 24, 2011

Plain Cool! - The Magics Of Hogwarts


24 Julai 2011 - 9.27 pm

What are the things that you love the most in Harry Potter books or movies? The characters? The plot? The message? For me, what I love most, more than other things in the movies are, the spells! Beholds the spells of Harry Potter!

Accio (Summoning Charm) - Summons an object to the caster
Aguamenti - Produces a jet of water from the caster's wand
Alohomora - Open and/or unlock doors
Anapneo - Clears the target's airway, if blocked
Aparecium - Makes invisible ink appeas
Avada Kedavra (One of the three Unforgivable Curses) - Causes instant, painless death to whomever the curse hits
Avis - Creates a flock of birds from the caster's wand
Cave Inimicum - Strengthen an enclosure from enemies
Colloportus - Magically locks a door, preventing it from being opened by Muggle means
Confringo - Causes anything that the spell meets to explode in flames
Confundo - Causes the victim to become confused, befuddled, overly forgetful and prone to follow simple orders without thinking about them
Conjunctivitus - Causes great pain to the victim's eyes
Crucio (One of the three Unforgivable Curses) - Inflicts unbearable pain on the recipient of the curse
Defodio - Can carve or dig out materials
Deletrius - Removes evidence of previous spells cast by the wand
Densaugeo - Causes the teeth of the recipient to grow at an alarming rate
Deprimo - A very powerful wind that can loosen and/or soften a variety of things
Descendo - To make things sink, or go down
Diffindo - Cuts or rips objects
Duro - Makes the object hard
Engorgio - Causes objects to swell in size
Episkey - Used to heal relatively minor injuries
Erecto - Used to erect something
Evanesco - Makes the target vanish
Expecto Patronum - Conjures an incarnation of the caster's innermost positive feelings, such as joy, hope, or the desire to survive, known as a Patronus
Expelliarmus - Disarm another wizard, typically by causing the victim's wand to fly out of reach
Expulso - Causes an object to explode
Ferula - Creates a bandage and a splint
Fidelius - A charm involving secret information hidden within the soul of a Secret-Keeper
Fiendfyre - Dangerous, uncontrollable and extremely powerful fire
Finite Incantatem - Negates many spells or the effects of many spells
Flagrante - Causes any object affected to burn human skin when touched
Flagrate - The caster's wand can leave fiery marks
Furnunculus - Causes the target to become covered in boils
Geminio - Creates a duplicate of any object upon which it is cast
Glisseo - Causes the steps on a stairway to flatten and form a ramp or slide
Homenum Revelio - Reveals humans near the caster
Homorphus - Causes an Animagus or transfigured object to assume its normal shape
Impedimenta - Tripping, freezing, binding, knocking back and generally impeding the target's progress towards the caster
Imperio (One of the three Unforgivable Curses) - Causes the victim of the curse to obey the spoken/unspoken commands of the caster
Impervius - Makes something repel (literally, become impervious to) substances and outside forces, including water
Incarcerous - Ties someone or something up with ropes
Incendio - Produces fire
Langlock - Glues the victim's tongue to the roof of his/her mouth
Legilimens - Allows the caster to delve into the mind of the victim
Levicorpus - The victim is dangled upside-down by one of his/her ankles
Liberacorpus - The counter spell to Levicorpus
Locomotor - Causes the named object to rise in the air and move around at the will of the caster
Locomotor Mortis - Locks the legs together, preventing the victim from moving the legs in any fashion
Lumos - Creates a narrow beam of light that shines from the wand's tip
Meteolojinx Recanto - Causes weather effects caused by incantations to cease
Mobiliarbus - Lifts a tree a few inches off the ground and levitates it to where the caster points his or her wand
Mobilicorpus - Lifts a body a few inches off the ground and levitates it where the caster points his or her wand
Morsmordre - Conjures the Dark Mark, Voldemort's mark
Muffliato - Keeps nearby people, or those to whom the wand is directed, from hearing nearby conversations
Nox - Counter charm to the Lumos spell
Obliviate - Used to hide a memory of a particular event
Obscuro - Causes a blindfold to appear over the victim's eyes
Oppugno - Causes conjured objects to attack
Orchideous - Makes a bouquet of flowers appear out of the caster's wand
Pack - Packs a trunk, or perhaps any luggage
Peskipiksi Pesternomi - The one time it was uttered, it had absolutely no effect
Petrificus Totalus - Used to temporarily bind the victim's body in a position much like that of a soldier at attention
Piertotum Locomotor - Spell used to animate statues and suits of armour to do the caster's bidding
Point Me - Causes the caster's wand tip to point to the north cardinal point
Portus - Turns an object into a portkey
Prior Incantato - Causes the echo (a shadow or image) of the last spell cast by a wand to emanate from it
Protego - The Shield Charm
Protego Horribilis - Provides some form of protection against Dark Magic
Protego Totalum - Provides protection of some form for an area or dwelling
Quietus - Makes a magically magnified voice return to normal
Reducio - Makes an enlarged object smaller. Counter-charm to Engorgio
Reducto - Enables the caster to explode solid objects
Relashio - Force someone or something to release that which it holds or grapples
Rennervate - Brings someone out of unconsciousness
Reparo - Used to repair broken or damaged objects
Repello Muggletum - Keeps Muggles away from wizarding places by causing them to forget what they were doing in the first place
Rictusempra - The subject experiences the sensation of being tickled
Riddikulus - Forces the Boggart to take the appearance of a humorous object upon which the caster is concentrating
Salvio Hexia - Provides some form of protection against hexes
Scourgify - Used to clean something
Sectumsempra - Violently wounds the target
Serpensortia - Conjures a serpent from the spell caster’s wand
Silencio - Silences something immediately
Sonorus - Magnifies the spell caster’s voice
Specialis Revelio - Causes an object to show its hidden secrets or magical properties
Stupefy - Stunning Spell, Stupefying Charm, Stunner. Puts the victim in an unconscious state
Tarantallegra - Makes victim's legs dance uncontrollably
Tergeo - Siphons material from a surface
Waddiwasi - Appears to launch small objects through the air
Wingardium Leviosa - Levitates objects

Chow!!

Plain Cool! - Bedil Buluh (Once Was My Toy)

24 Julai 2011 - 8.26 pm

Masa aku tengok berita kat TV3 sekarang ni, diorang ada buat story pasal satu permainan yang mana permainan tu merupakan permainan feveret aku mase kecik2 dulu. Maklum la, aku dulu memang budak kampung. Apa yang aku tak pernah buat? Mandi sungai? Mandi parit? Mandi lombong? Main perang2? Main masak2 (mmg masak betul dan makan masakan tu)? Main fashion show (guna daun pisang)? Main meriam buluh? Main meriam tin susu? Main gasak2? Tangkap pepatung? Jerat burung? Jerat kancil? Panjat pokok? Sauk ikan? Semua yang berkaitan ngan permainan budak2 kampung, memang aku pernah main! Memang kenangan yang sangat2 terindah.

Tapi kali ni aku nak buat pasal Ceplong ke hapa yg TV3 sebut tadi. Tapi aku dulu panggil benda tu bedil je. Ni gambar2 yang berkaitan (gambar aku cari dari internet).

 Bedil. Mengimbau memori ar tengok pic nih. Dulu memang hias cantik2 bedil tu. Siap kilatkan. Kalau sekarang, leh kira setiap bedil tu macam 'wand' setiap orang dalam Harry Potter. Huhu.

 Cara nak guna. Mula2 masukkan peluru dari pangkal bedil. Pastu tolak2 sket. Then masukkan peluru ke dua, dan tolak2 lagi untuk mampatkan udara di antara kedua2 peluru. Masa nak lancarkan, just tolak kuat2. Udara yang termampat akan menolak peluru pertama tu keluar dengan velositi yang sangat tinggi.

 Cara nak buat. Semua guna buluh.

 Peluru yang paling sesuai. Buah cenerai.

Kena cari saiz yang sesuai ngan keluasan lubang buluh.

Wow! Aku memang minat giler2 main benda alah ni mase aku duduk kat kampung dulu. Aku membesar kat kampung sampai la aku berusia 5 tahun, so memang banyak aktiviti2 kampung yang aku join, tapi ni yang paling aku suka. Main perang2 dalam hutan kat belakang rumah arwah nenek aku. 

Peluru yang ditembak tu akan menghasilkan bunyi yang agak kuat, so bila tiba time perang2 ni, memang bising dalam hutan tu dengan suara2 bedil dan suara2 jeritan orang yang kena tembak. Kenapa? Sebab memang sakit! Terus terang aku kata, kalau kena memang sakit. Kalau kena dari jarak dekat, lagi la bisa. Aku penah tertembak adik angkat (family aku ada ambik anak angkat) aku sampai dia menangis. Haha!! Sekarang dia dah kawen dah pun. Aku gak yang tak kawen2. Haha!

Anyway, thanks TV3 sebab berjaya membuat aku mengimbau kenangan masa kat kampung aku dulu, Kampung Sg Berani, Lenga, Muar Johor. Now dah bertahun aku tak balik kampung sebab nenek yang paling aku sayang dah meninggal. So dah takde apa kat kampung aku tu. Nenek sebelah abah ada gak kat kampung tu, tapi aku tak rapat dengan dia sebab aku ingat lagi apa yang dia pernah buat pada mak aku dulu just sebab kitorang dulu miskin.

Chow!!

Plain Awesome! - 5000 hits!!

24 Julai 2011 - 11.54 am

Yayyy!! Akhirnya blog aku dah mencecah 5000 hits!! Aku tau takde la banyak mana, tapi aku tetap hepi!! Huhuhu!! Thanks yer pada semua yang dah melawat blog aku nih!! Ni duit untuk korang, sempena menyambut 5000 hits ni!!


Sila guna dengan berhemat yer. Jangan membazir.

Hehehehe.. Chow!!

Saturday, July 23, 2011

Plain Cool! - My Doodle In Excel

23 Julai 2011 - 8.23 pm

Sekali lagi aku meniru idea orang lain. Kali ni aku n ak tiru doodle lak. Aku tengok kat blog orang lain, ramai giler yang buat doodle2 yang comel2 belaka!! Aku pun nak cuba buat gak. Aku guna Microsoft Excel je untuk buat doodle ni sebab lebih senang nak control. Jadi, ni la hasil kerja aku yang tak seberapa.

Comel tak? Comel tak? Please cakap comel.. Pleaseeeeeeee~~~ (Gedik tak hengat)

Hehehehe.. Agak mencabar gak untuk buat doodle ni. Memerlukan kesabaran yang maksimus expecto petronas! Nasib baik aku White Mage, so kesabaran aku berjaya membawa aku mengharungi ketensenan dalam membuat doodle ni. Gehtoooo!!

Ni merupakan print2 screen masa proses membuat doodle ni. Ringkas2 je.

 Buat je shape2 yang ringkas2.. Pastu kalerkan sesuka hati. Edit2 sket align, leh jadi camni..

 Kalau nak select semua sekaligus, just klik kat salah satu shape tu, pastu klik je ctrl + A.

 Background pun buat kat Excel gak.

Hasil!

Ni aku try upload file Excel tu. Guna la kalau korang nak. Enjoy!!


My Followers

Jom Share2 Blog Kat Sini!!