Burrppp!!! Alhamdulillah... Kenyang makan burger..
Anyway, bila aku baca balik post aku pasal Karak tu, aku teringat sesuatu.. Peristiwa yang agak seram yang aku sendiri pernah alami.. Jap, dah malam ni.. Nak citer ke tak ek? Hmmmmm.. Citer je la..
Terlebih dulu aku nak cakap, citer ni takde la seseram mana. Tapi ni antara kenangan aku la.. Kisah ni berlaku masa aku muda remaja dulu. Lebih kurang umur aku 18 tahun kot. Tapi citer ni pasal adik aku yang masa tu berumur 3 tahun, tapi sekarang dia dah 15 tahun dah. Tahun ni PMR.. Oleh sebab adik aku yang sorang ni ikut otak aku yang agak cerdas, so aku tak risau pun pasal result PMR dia nanti. Kompem cemerlang gemilang terbilang. Ok2, dah mengarut dah. Berbalik pada cerita tadi..
Mase cerita ni berlaku dulu, family aku ade letak kucing kitorang kat kebun getah kitorang sebab kucing tu dan anak2nya suka berak dalam rumah. Tak tau la idea sape yg cerdik sangat tu. Anyway, kebun getah kitorang tu terletak agak jauh dari rumah. Kalau bawak motor ambik masa 30 minit gak nak sampai. Dan dah jadi tugas aku untuk hantar makanan kat kucing2 tu setiap petang sebab pagi ngan tengahari mak aku dah hantar.. Untuk pengetahuan korang, kebun getah kitorang tu leh dikira kawasan hutan gak.
Pada satu hari ni, aku nak hantar makanan kat kucing2 tu. Tapi masa tu ntah macam mane tah, adik perempuan aku yang mase tu umur 3 tahun tu nak ikut. So aku pun tak pikir panjang, terus bawak dia naik motor dan pergi ke kebun. Sampai je kat kebun sambil aku bagi makan kat kucing2 tu, adik aku ni pun main2 ngan anak2 kucing tu sampai jerit2. Eh, aku lupa nak bagitau yang mase tu dah senja. Lebih kurang kul 6.45 gak la mase kitorang sampai.
Gambar sekadar hiasan.
Lepas bagi makan kat kucing tu, kitorang pun balik rumah dalam kul 7. Masa kat atas motor, adik aku yang biasanya bising, tetibe senyap je. Bila aku rasa dahi dia, sah, adik aku ni dah demam. Aku dah rasa tak sedap dan aku terus balik rumah. Sampai je kat rumah, aku bagitau kat mak aku pasal adik aku tu, dan mak aku cakap takpe, mungkin demam biasa je tu. Aku dah mula cuak sebab dah la bapak aku takde kat rumah. Mase tu bapak aku keje kat KL.
Malam tu, mase aku tengah syok2 tido, tetibe aku dikejutkan ngan bunyi adik aku tu menangis. Kuat giler! Aku terus bergegas masuk bilik mak aku, dan aku tengok mak aku tengah cuba tenteramkan adik aku yang mula meracau2 dan bergelut2 dalam pelukan mak aku. Adik aku menjerit2 dan dia jerit dalam sebutan pelat dia.. Kecik lagi kan, baru 3 tahun. Antara yang dia sebut (setelah ditranslate ke bahasa orang dewasa),
"Pergi! Pergi! Adik takut kat pakcik!"
"Mak! Tolong! Ade orang nak ambik adik!"
"Kat belakang Along (aku) pun ada!"
Mase tu aku dah panik giler2. Meremang bulu roma aku bila adik aku cakap yang kat belakang aku pun ade. Adik2 aku yang lain pun dah terbangun dan masing2 dah takut dan pegang aku. Oleh sebab aku bukan ade ilmu apa2 untuk melawan makhluk2 yang tak nampak ni, jadi aku pun start motor dan terus pegi rumah sorang pakcik dalam kampung aku yang ada ilmu. Aku ketuk rumah dia kuat2 dan bila dia bukak pintu, aku citer la apa yang berlaku. Nasib baik dia tak terajang aku sebab ketuk rumah dia kul 2 pagi. Dia pun suruh aku bawak adik aku tu gi rumah dia.
Aku pun balik rumah dan bila sampai kat rumah, adik aku masih menjerit2 sampai jiran2 aku pun dah keluar rumah untuk tengok. Lepas tu aku bawak adik aku tu ngan mak aku gi rumah pakcik tadi. Adik aku yang lagi 2 orang pun ikut sekali. Nasib baik ada 2 motor. Masuk je kat rumah pakcik tu, dia dah berkerut dahi. Dia dah siapkan air semangkuk dan kitorang pun duduk kat atas lantai. Mak aku bawak adik aku yang masa tu masih meronta2 ke pakcik tu, dan pakcik tu baca sesuatu dan dia kacau2 air dalam mangkuk tu guna jari dia.
Lepas dia percikkan air kat muka adik aku tu, adik aku pun mula tenang. Last2 dia diam. Bila keadaan dah reda, pakcik tu pun start tanya adik aku soalan2 subjektif (haha! sempat buat lawak).
Pakcik : Adik takut lagi tak?
Adik : Tak.
Pakcik : Kenapa adik jerit2 tadi?
Adik : Ada orang muka buruk kacau adik kat dalam bilik mak. Diorang tarik2 kaki adik, tarik rambut adik, tarik tangan adik...
Pakcik : Diorang? Banyak ke?
Adik : Banyak. Kat bawah katil ada, kat tepi katil ada 2, kat belakang Along tadi ada satu, rambut panjang ngan ada tanduk. (Aku dah seriau nih)
Pakcik : Diorang ikut adik ke sini tak?
Adik : Tadi ada yang ikut, tapi diorang dah balik.
Tu antara yang aku ingat. Pakcik tu ada gak tanya macam mana 'benda'2 tu leh ikut adik aku, so aku pun cerita la pasal aku bawak adik aku gi kebun petang tadi. Pakcik tu senyum je dan nasihat kat aku pasal senja2 ni makhluk2 ni keluar. Aku mmg betol2 menyesal (macam iklan anti dadah lak).
Lepas tu, pakcik tu ambik sebotol air, dia baca2 sesuatu lagi dan dia suruh aku bawak air tu balik dan simbah ke sekeliling rumah, bermula dari bilik mak aku. So lepas ucap tenkiu kat pakcik tu, kitorang pun balik. Pakcik tu tak ambik pun duit yang aku bagi kat dia. Mulia sungguh.
Sampai je kat rumah, aku sorang je yang masuk dalam rumah sebab yang lain semua takut. Aku pun masuk dalam bilik mak aku, dan sambil baca ayat Kursi aku percik2kan air tu ke segenap sudut. Mula dari bilik mak aku, terus ke ruang tamu, ke dapur dan seterusnya kat sekeliling luar rumah. Nasib baik masa tu rumah aku kecik je. Kalau rumah sekarang, rasenye satu tong dram air pun tak cukup.
Lepas aku percik2 air tu, yang lain2 pun masuk rumah. Aku ada tanya kat adik aku, 'benda' tu ada lagi tak? Dia cakap dah takde dah. Lega kitorang. Malam tu aku ngan adik2 aku langsung takleh tido. Seram siot. Lagipun aku risau kot2 'benda'2 tu datang balik. Alhamdulillah sampai pagi, takde apa yang berlaku. Esoknya, aku tanya betul2 apa yang adik aku nampak malam tadi. Antara yang dia nampak, makhluk lelaki badan besar dan tinggi, muka hodoh dan bertaring, makhluk perempuan berambut panjang dan bertanduk, makhluk kanak2 3 orang duduk tepi katil dan bawah katil.
Malam2 seterusnya, takde apa yang berlaku. Boleh la aku menarik nafas lega. Phewwww!!
Ok, tu antara cerita yang pernah aku alami sendiri. Mungkin bagi korang kurang seram sebab aku tak nampak sendiri makhluk yang menakutkan, tapi bagi aku yang mengalami benda tu, memang sangat seram. Dan aku nak nasihat gak, kalau korang ada anak kecik, jangan la bawak jalan2 masa Maghrib. Dan lagi satu, kalau korang baru lepas menempuh perjalanan yang melalui kawasan2 yang agak 'keras' elok mandi secepat mungkin selepas anda sampai kat destinasi sebab takut ada 'benda' ikut. Macam masa aku baru balik dari Palong ke Muadzam, oleh sebab Azri (Kaki Wayang) ada hal urgent nak bagitau, so aku tanpa mandi terus gi rumah dia yang ada baby iaitu Aakif yang baru masa tu berusia 2-3 bulan. Lagi best, aku siap dukung Aakif. Akibatnya, malam tu Aakif menangis dengan teruk. So aku tau la yang aku dah ter'bawak' sesuatu ke rumah Azri dan Aakif nampak. Sori yer Azri.
Chow!!
2 comments:
Wow..mudanyaaaa..18 tahun gehtooo...ala aku no hal lah..aakif dah ok dah tu..hahahahaha..penulisan yang agak kreatif sebabterrorist jugak kan macam havang Ben Ashaari...
muda dan bergetah lagi mase tu.. weh, mane ade kreatif.. aku tulis mcm biasa aku tulis je..
Post a Comment