Terbaru Dari Betol-betol Hangat!

Sunday, June 26, 2011

Plain Scary - Karak

26 Jun 2011 - 11.19 am

Setelah terbaca satu post masa aku tengah blog-walking, iaitu blog si Zuar pasal 'Misteri Laluan Karak Berhantu', aku pun terfikir untuk mengumpulkan kisah2 seram dan letak kat dalam post2 aku.. Hehehe.. Dan untuk post pertama dalam kategori seram ni, aku pilih......... Karak (Lebuhraya dan Jalan Lama).


Volkswagen kuning.. 

Antara semua cerita seram kat Karak, cerita ni yang paling feymes. Selalunya pemandu akan dikacau selepas terowong Karak.. Diceritakan yang kereta ni akan potong kereta korang, dan selepas itu ia akan perlahan.. Dikatakan yang kata jangan potong kereta kuning itu. Kalau potong juga, kereta tu akan tiba-tiba muncul di hadapan kereta korang......

Apa yang menarik tentang Volkswagen kuning ini, pada tahun 1998 dulu, kat radio THR ade segmen citer2 hantu ni tengah2 malam. Oleh sebab mase tu aku budak sekolah lagi, jadi aku tak pernah pun dengar segmen ni sebab kena bangun awal nak gi sekolah, sebab segmen ni diorang buat tengah2 malam. Masa tu, DJ radio tgh syok la layan pemanggil2 yang call2 untuk cerita kisah2 sera, sehinggalah DJ tu terima satu panggilan misteri. Pemanggil tu cerita kisah Volkswagen Kuning dari A sampai Z. DJ tu tanya la macam mana dia leh tau banyak pasal kereta tu. Pemanggil tu jawab, dialah pemandu kereta tu, dan talian telefon tiba-tiba terputus.......


Hantu Ramai-ramai Naik Bas

Seorang pemandu bas yang melalui jalan lama Karak, pada satu malam telah membawa bas terakhir dari KL ke Bentong. Pada dalam jam 9 malam, Masa sampai kat kawasan Karak yang biasanya takde orang, malam tu ramai lak yang tunggu bas kat situ. Pemandu bas tu tak pelik la, sebab dia terfikir mungkin ada bas persiaran yang rosak. Lepas penumpang2 tu naik dan bayar tiket bas, diorang pun duduk dan berborak2 macam biasa sesama sendiri sampai riuh-rendah bas tu. Bila dah hampir nak sampai Bentong kat satu kawasan yang sunyi, semua penumpang tu turun. Then pemandu bas tu teruskan perjalanan ke Bentong. Sampai je kat Bentong, bila dia nak kira duit tiket bas dari penumpang2 yang naik tadi, hanya daun-daun yang ada.......


Suami Dimakan Hantu Di Atas Kereta

Pada satu malam, terdapat 3 beranak (bapa, ibu dan anak) sedang dalam perjalanan melalui Lebuhraya Karak ni. Tiba-tiba masa tengah drive, leh lak kereta diorang rosak, so si suami aka ayah aka bapa tu pun parking la kat tepi jalan. Lepas berhenti, si suami tu pun check la kereta diorang, dan dia dapati minyak takde. Dia pelik gak sebab sebelum tu dia dah isi full. Jadi si suami ni pun cakap kat isteri dia yang dia kena pergi beli minyak kat stesen terdekat (Hentian). 

Tapi selepas agak lama, si suami ni masih tak balik2. Si isteri yang mula risau, semakin risau bila terdengar ada benda dihentak2 kat atas bumbung kereta diorang. Si anak pulak dah mula menangis. Si isteri semakin takut bila dia sedar yang setiap kenderaan yang lalu, akan bagi lampu tinggi kat diorang. Setiap kenderaan. Sehinggalah ada kereta peronda PLUS datang. Seorang dari Peronda tu mintak si isteri dan anak tu keluar dari kereta dan pergi kat kereta peronda tu. Sepanjang diorang berjalan ke kereta peronda tu, peronda PLUS tu cakap banyak kali supaya jangan pandang belakang.

Tapi si isteri tu degil, dia tengok gak ke belakang, iaitu ke arah kereta diorang. Alangkah terkejutnya bila dia tengok mayat suami dia tengah kena makan oleh pontianak kat atas bumbung kereta diorang.....


Ok la.. Tu je kot.. Len kali aku hapdet lagi.. 

Chow!!

0 comments:

My Followers

Jom Share2 Blog Kat Sini!!