Terbaru Dari Betol-betol Hangat!

Tuesday, June 21, 2011

Plain Moron - Cursed Dog, Or People?

20 Jun 2011 - 11.51 pm

Sebuah mahkamah 'rabbinical' (ketuanan kot maksud dia. Aku cari kat wiki tak jumpe lak) Yahudi telah menjatuhkan hukuman rejam dengan batu sampai mati ke atas seekor anjing...

TPY readers : Seriously??!!
yazidy : Yup. Seriously.
TPY readers : Gasp!!
yazidy : Yup. Gasped too...

Hukuman tu dijatuhkan kepada anjing tersebut sebab diorang percaya yang anjing tu sebenarnya adalah jelmaan semula seorang peguam yang telah menghina juri2 dalam mahkamah tu.

Anjing yang kesian itu.

Beberapa minggu yg lalu, seekor anjing telah meng'enter' (masuklah!) sebuah mahkamah kewangan kat Jerusalem dan oleh kerana anjing tu taknak beredar, juri2 kat situ jadi cuak dan diorg teringat satu 'sumpahan' dari seorang peguam yang pernah keje kat situ yang sekarang dah mati, yang mana peguam tu cakap masa dia hidup,

"Semangat dan roh aku akan masuk ke dalam badan seekor anjing lepas aku mati nanti dan akan menghantui korang sumer!! Muahahahahahaha!!!"

Oleh kerana terlampau takut 'diganggu' oleh anjing yang konon2nya dah diterjah diserap dipossess dirasuki itu, jadi diorang pun jatuhkan la hukuman yang sangat hadoiii itu ke atas anjing yang tak bersalah itewwww. Kata mereka dan keluarga mereka,

"Tu merupakan cara yang sesuai untuk menghalau roh yang dah merasuki hanjeng itu yer!!"

Tapi beberapa hari sebelum hukuman dijalankan, anjing tu berjaya melepaskan diri. Wakakakaka!!

Aku pun tak tau nak kater ape.. Ingatkan org Malaysia je yang tahyul, tapi org luar lagi dasat!!

Chow!!

0 comments:

My Followers

Jom Share2 Blog Kat Sini!!