Terbaru Dari Betol-betol Hangat!

Friday, June 24, 2011

Plain Cruel - Another Baby Killer!

24 Jun 2011 - 7.41 pm

Manusia semakin kejam. Aku selalu sebut perkataan tu. Nak buat camne, dah memang manusia zaman sekarang semakin kejam. Even aku yang jahat nakal notty ni pun tak pernah terfikir untuk mencederakan even seekor kucing, inikan pula nak membunuh seorang bayi....

Tapi inilah yang berlaku kat California (jangan fikir benda ni berlaku kat luar negara, Malaysia yak terkecuali. Ingat lagi kisah seorang ibu yang sanggup mencampak bayinya dari tingkat 5? Tu berlaku kat Malaysia). Seorang ibu telah membunuh bayinya dengan memasukkan bayi itu ke dlam microwave oven. Meremang bulu roma aku bila baca cerita ni.

Ibu (layakkah dipanggil 'ibu'?) tersebut, Ka Yang, dibicarakan di mahkamah Sacramento dengan tuduhan MEMBUNUH DISERTAI NIAT MENDERA. Tuduhan tu akan menyebabkan dia dijatuhkan hukuman mati jika disabitkan kesalahan.

Ka Yang - Ibu kejam.

Pihak berkuasa mengatakan bahawa anak Ka Yang, Mirabelle Thao-Lo yang berumur 7 minggu, dijumpai mati dalam keadaan terbakar secara thermal pada 17 Mac lepas. Ibunya memberitahu polis yang dia terpengsan semasa tengah mendukung bayinya di sebelah alat pemanas rumah. tapi setelah diselidik, kesan lecur pada badan bayi tersebut adalah diakibatkan oleh kemungkinan yang bayi tersebut telah 'dimasak' di dalam microwave.

Peguam Ka Yang memberitahu yang Ka Yang sebenarnya mempunyai masalah psikologi.

Kat US tu, diorang senang2 akan salahkan masalah psikologi untuk jenayah2 yang diorang lakukan. Yang penting, tak kira apa pun sebabnya, tindakan tersebut adalah terlalu kejam. Aku tak rasa even orang gila pun sanggup buat. Sigh.

Chow!!

0 comments:

My Followers

Jom Share2 Blog Kat Sini!!