10 Jun 2011 - 9.23 am
Apa kata korang baca dulu cerita ni, nanti aku komen kat bawah tu..
NILAI - Seramai 23 pekerja lelaki Vietnam dan Bangladesh cedera dalam satu pergaduhan di asrama pekerja kilang tekstil di Taman Semarak di sini malam kelmarin selepas seorang wanita Vietnam mendakwa dia cuba dipikat oleh seorang lelaki Bangladesh.
Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Abd. Manan Mohd. Hassan berkata, tiga daripada mangsa yang cedera iaitu dua warga Vietnam dan seorang Bangladesh terpaksa dimasukkan ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban manakala yang lain hanya mendapat rawatan pesakit luar.
"Polis menerima laporan mengenai kejadian itu pada pukul 9 malam. Pergaduhan itu membabitkan sekurang-kurangnya 400 pekerja dari kedua-dua negara terbabit.
"Semasa kejadian kebanyakan pekerja asing terbabit bersenjatakan kayu, batang besi dan batu," kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam.
Menurut Abd. Manan, pergaduhan itu berjaya dileraikan dengan campur tangan polis dan Pasukan Simpanan Persekutuan pada pukul 5 pagi semalam.
yazidy - Hahaha!! Nilai? Kilang tekstil? Taman Semarak? Vietnam & Bangladesh? Hahaha!! Semua ni menunjukkan satu kilang je, iaitu kilang yang aku pernah keje dulu.. Mase aku keje situ dulu, diorang baru nak masukkan pekerja2 dari vietnam, dan masa tu pun dah nampak 'klik' (sekolah menengah sangat) antara pekerja Bangladesh dan pekerja Vietnam. Mase kat kilang tu, aku bekerja sebagai SQC (Spindle Quality Control) dan ade la beberapa pekerja Bangladesh, Indonesia dan Vietnam kat bawah aku. Aku sebenarnya leh kategorikan diorg2 (yang keje bawah aku) ikut negara, iaitu :
Pekerja Indonesia : Tenaga yang kuat, boleh angkat berat2
Pekerja Bangladesh : Stamina, diorang leh keje sampai malam
Pekerja Vietnam : Speed, sebab diorang buat keje laju
So setiap pekerja ada kelebihan dia.. Tapi aku paling suka pekerja Vietnam sebab diorang cerah2 dan badan diorang tak berbau. Haha!! Diskriminasi sangat kan! Anyway, aku dah merepek nih!
Mase aku keje kat situ dulu pun, pernah berlaku rusuhan pekerja2 asing ni, sampai diorang musnahkan sebijik kereta staf yang parking kat bawah asrama diorang tu. Aku dah tak ingat la sebab apa rusuhan mase tu. Tapi agak teruk gak la, antara pekerja Indonesia dan pekerja Bangladesh. Semua staf tempatan diarahkan utk tidak pergi berhampiran ngan asrama diorang mase tu.. Seriau gak la.. Huhu..
Kalau nak tau gak apa nama kilang tu, cari je kat Google.. Aku taknak bgtau la, nanti diorang marah akuuu.. Kah3!
Chow!!
0 comments:
Post a Comment