Berikut adalah satu berita yang diambil dari Kosmo :
SEREMBAN – Seorang wanita Orang Asli buta kedua-dua belah mata dan wajahnya hampir cacat selepas disimbah dengan asid oleh dua lelaki tidak dikenali di Mantin dekat sini pada pertengahan Mac lalu.
Lebih malang lagi mangsa, Zuhaina Tengkis, 27, turut menanggung kesakitan apabila sebahagian dadanya melecur teruk akibat disimbah cecair bahaya tersebut.
Zuhaina yang ditemui di Kampung Orang Asli Belihoi, Mantin dekat sini berkata, kejadian itu berlaku ketika dia keluar ke pekan Mantin dengan menunggang motosikal bersama seorang adik saudaranya.
“Kira-kira pukul 9.30 malam ketika kami mahu pulang ke rumah, motosikal yang ditunggangi saya dihampiri dua lelaki yang menunggang sebuah motosikal.
“Sebaik sampai di satu lokasi di Lapang Sasar Mantin, lelaki berkenaan terus memotong motosikal saya dan terus menyapa saya dengan menyebut ‘hai’.
“Apabila saya menoleh, lelaki itu terus menyimbah sejenis cecair yang mengenai muka dan badan saya,” katanya di sini semalam.
yazidy - Setelah cerita wanita2 yang disimbah asid berleluasa di KL beberapa bulan kebelakangan ni, sekarang benda ni mula berlaku kat area luar KL, iaitu di Seremban. Mungkin org yg melakukannya tu bukan orang yang sama, tapi just ade orang lain yang meniru perbuatan tu sebab tgh hip & trendy skrg (gilo). Kesian pada mangsa yang buta dan cacat akibat perbuatan tu.. Cuba fikir, kalau la yang kena simbah tu sebenarnya adalah seorang ibu tunggal yang menyara 5 anak, takkah perbuatan tu akan menyebabkan masa sekeluarga tersebut menjadi gelap? Nak harapkan Bersamamu? Drama je lebih.
Harap benda ni dapat dihentikan oleh pihak berkuasa sebelum ia menjadi satu wabak kat Malaysia nih. Kesian aku tengok staf2 perempuan kat opis ni yg ada sedikit takut dgn merebaknya kes ni di luar KL..
Chow!!
0 comments:
Post a Comment