Terbaru Dari Betol-betol Hangat!

Tuesday, June 21, 2011

Plain Disgusting - Poop Burger, Anyone?

21 Jun 2011 - 9.33 am

Ianya digelar "poop burger" (burger tahi). Saintis2 bijak (bijak la sangat) kat Jepun telah berjaya mencipta daging tiruan daripada sisa kumbahan yang mengandungi najis manusia. Yup, aku taip ni pun rase mcm nak termuntah, tapi terpaksa tahan. Lagipun perut tgh kosong nih. Kalau aku dh mkn pagi tadi, kompem kuar balik!

Pernah tgk citer Vonnegut tak? Plot dia cenggini : Populasi penduduk bumi menjadi terlalu ramai sehingga bekalan makanan tak mencukupi. Penyelesaian? Cipta makanan dari sisa2 buangan manusia. Mase tu mmg kita ingat benda tu mengarut, tapi saintis2 kat Jepun ni leh lak tetiba mencipta daging stik daripada najis manusia.

Mitsuyuki Ikeda, seorang penyelidik daripada Makmal Okayama, telah membangunkan ciptaan stik berdasarkan dari protein dari najis manusia. Syarikat Kumbahan Tokyo mula2 g jumpa ngan Mitsuyuki ni utk mengadu yang kumbahan manusia dah makin banyak, dan mcm dh susah nak buang. Diorang suruh la saintis bijak nih utk cipta sesuatu supaya najis2 ni boleh digunakan semula. Selidik punya selidik, Mitsuyuki mendapati yang najis manusia mengandungi jumlah protein yang sangat besar disebabkan oleh bakteria.

Penyelidik2 ni lepas tu extract protein2 tu, dicampurkan ngan bahan kimia 'reaction enhancer' dan letakkan dalam exploder sehingga menghasilkan 'stik' tiruan tu. 'Daging' tu mengandungi 63% protein, 25% karbohidrat, 3% lipid (fats, waxes, sterols, fat-soluble vitamins such as vitamins A, D, E and K) dan 9% mineral. Para saintis menggunakan kaler merah utk menampakkan seolah2 benda yg dihasilkan tu daging. Ade lak yg dah rasa benda tu, dan diorang ckp rasanya mcm daging lembu!

Saintis2 tu berharap harga daging tiruan ni akan jadi sama spt harga daging betul, sebab sekarang harga daging tiruan ni tersangat lah mahalnye, iaitu 20 kali ganda dari harga daging biasa. Saintis 2 tu jugak berharap yang manusia akan menerima daging tiruan ni dan melupakan ke'jijik'annya bagi melindungi alam sekitar yang semakin banyak sisa kumbahan.

So, apa kata korang? Nak tak makan daging tiruan ni? Kalau nak, sila angkat tangan mcm Usop Wilcha!!

Chow!!

2 comments:

zieta said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

huhu..takpela,,trima kasih=P

Ash said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

rugi tau tak rasa..

My Followers

Jom Share2 Blog Kat Sini!!