Terbaru Dari Betol-betol Hangat!

Thursday, June 30, 2011

Plain Shocking - Facebook Rivaled?!


30 Jun 2011 - 12.41 am

Yup. Apa yang korang baca kat title tu memang bermaksud yang Facebook bakal ada pesaing dalam menjadi laman sosial yang terfeymes kat muka bumi ni. Haha!

Google tak lama lagi akan melancarkan laman web sosial mereka sendiri yang digelar Google+ Project. Laman web sosial terbaru ni dikatakan (Google la yang kata) mampu untuk mengatasi kehebatan Facebook. Ni apa yang Pengurus produk Google, Bradley Horowitz cakap tentang laman web sosial diorang tu,

 "Dalam dunia sebenar, kita ada dinding (walls) dan tingkap (windows) dan kita boleh bercakap sesama sendiri, tapi dalam dunia online, kita boleh kongsi (share) apa yang kita nak cakap dengan seluruh dunia."

Google+ Project akan mengenengahkan ciri2 bulatan sosial (+Circles) yang mebenarkan pengguna untuk memilih untuk berkongsi (share) dengan kumpulan2 tertentu (group), berbanding berkongsi dengan semua orang yang ada dalam jaringan sosial pengguna tersebut. Google+ ni akan juga membenarkan pengguna2 untuk berkongsi video chat secara berkumpulan, berkongsi fail, dan ciri2 lain yang lebih kurang sama ngan Facebook atau website2 laman sosial yang lain (Letih dowh aku nak mentranslate dari BI ke malay. Haha!).

So kepada pengguna2 Facebook atau laman sosial yang lain, adakah anda teruja? Kalau tanya aku la, aku tak sure yang Google+ ni mampu mengatasi Facebook. Ingat tak masa Google lancarkan Google Chrome dulu, dan masa tu diorang cakap Google Chrome mampu atasi IE dan Firefox. Tapi bila dah keluar, hampeh. Hehe.

Ok, chow!!

4 comments:

Hans said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

kalau yg diorang keluarkan tu lebih bagus dari fb mesti diorang mampu jadi pilihan tapi kalau tidak sendiri mau ingat..hehehe

Kisah Joyah Dan Bedah

yazidy said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

kdg2 Google ni cakap je lebih.. Tgk je Google Chrome.. Masih byk bugs yang masih lum direpair..

MyMye MyMya said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Google Chrome...ok jgk just byk lg yg kena repair...

yazidy said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

MM : yup.. mmg ok, cuma byk bug.. mcm klu try tgk blog ni guna Google Chrome, header tu akan mengganggu post..

My Followers

Jom Share2 Blog Kat Sini!!