Terbaru Dari Betol-betol Hangat!

Sunday, June 26, 2011

Plain Weird - Myths And Facts About Men

26 Jun 2011 - 12.59 am

Kita selalu dengar tentang perkara2 yang berkaitan dengan lelaki, yang mana kadang-kadang kita tak tau pun sama ada benda tu betul atau tak. So jom kita tengok apa yang betul2 fakta, dan apa yang auta semata2!!

 Lukisan sekadar hiasan

1. Lelaki yang memakai seluar dalam mempunya sperma yang sedikit berbanding lelaki yang memakai boxer.

Jawapan : Myth.

- Walaupun peningkatan suhu boleh menjejaskan jumlah sperma, tapi dengan memakai seluar dalam tidak menyebabkan peningkatan suhu dalam 'kawasan' itewww..

2. Lebih banyak lelaki bercukur, lebih lebat janggut dan misainya.

Jawapan : Myth.

- Saiz dan bentuk folikel rambut yang menentukan ketebalan janggut dan misai. Takde kaitan langsung ngan pisau cukur.

3. Kalau senaman (workout) yang dilakukan tak menyakitkan, takde otot (muscle) yang akan bertambah.

Jawapan : Myth.

Senaman sehingga sakit sebenarnya merosakkan tubuh.

4. Lebih ramai lelaki yang mati akibat kanser prostat berbanding kanser-kanser yang lain.

Jawapan : Myth.

Kanser yang paling banyak membunuh lelaki adalah kanser paru-paru yang diakibatkan daripada aktiviti merokok.

5. Lelaki tak boleh dapat kanser payudara.

Jawapan : Myth.

Kaum lelaki juga boleh mendapat kanser payudara, walaupun kes ni sangat jarang, iaitu hanya seorang dalam seribu. 

Haha!! Semua myth. Jadi jangan percaya la sangat apa yang orang kat luar tu kata.

Chow!!

0 comments:

My Followers

Jom Share2 Blog Kat Sini!!