25 Jun 2011 - 11.39 pm
Sebenarnya aku agak pelik dengan diri aku sendiri, sebab sejak akhir-akhir ni (start awal tahun ni), bila aku minum atau makan sesuatu yang ada susu, aku akan muntah. Sebelum ni takde pun aku rasa camni. So sekarang kalau aku gi makan kat kedai, aku takkan order air yang ada susu. Heck, jangankan susu betol, even Milo Fuze yang dalam peket tu pun aku takleh minum sebab diorang dah campurkan krimer ke susu ke hapa tah dalam tu. Well, bukan aku takleh minum terus la. Cuma bila aku minum, aku akan muntah.
Aku ingat aku sakit ke hapa, tapi bila aku try cari2 kat internet, baru aku sedar yang aku memang ada penyakit. tak tau la betul ke tak, tapi aku rasa aku ni 'lactose intolerant'. Lactose intolerance ni bermakna aku takleh nak hadam atau memetabolismekan lactos, iaitu sejenis gula yang terdapat dalam susu. Sindrom (sindrom kaoooo) ni disebabkan oleh kurangnya enzim 'lactase' dalam tubuh yang diperlukan untuk menghadam laktos (dah macam buku sains lak blog aku neh).
Salah satu kesan lactose intolerance ialah; muntah2. So now aku tau la yang aku dah takleh nak enjoy susu lagi dah, padahal dulu aku suka minum susu segar yang tawar kat dalam botol tu. Tapi sekarang dah takleh dah. Haha!! Bukan takleh, tapi kalau aku minum gak, mmg akan keluar balik ngan makanan2 yang aku dah makan.
Ok. Chow!!
0 comments:
Post a Comment