Terbaru Dari Betol-betol Hangat!

Wednesday, June 15, 2011

Plain Threatening - Malaysia's Official Site About To Be Hacked.

15 Jun 2011 - 12.36 pm

Rasanya ramai yang dah tau pasal website rasmi Malaysia iaitu www.malaysia.gov.my bakal diserang oleh sekumpulan hackers yang menggelar diri mereka Anonymous. Serangan ni bakal dilancarkan pada 15 Jun 2011, 7.30pm (waktu antarabangsa), iaitu pada jam 3.30 pagi sok, waktu Malaysia. Berikut ni pic yang hackers2 tu upload.


Beberapa hacker tempatan yang ditemubual ttg serangan ni mengatakan yang paling minimum serangan ni akan menyebabkan website tu sedikit lintang pukang layoutnyer, tapi kesan paling maksimum akan menyebabkan website tersebut akan dijatuhkan terus. Malah hacker2 tempatan ni jugak cakap, lebih teruk lagi, hacker2 Anonymous ni mungkin akan pry data2 peribadi seperti data kad kredit, data kewangan, dan juga mencelarukan pembayaran secara online seperti MyEG dll.


Anonymous mengumumkan yang alasan mereka menge'hack' website Malaysia adalah berikutan pengumuman Malaysia untuk memblock 10 website file sharing seperti yang aku ada cakap dalam blog aku yg lepas kat sini. Anonymous juga menuduh yang kerajaan Malaysia menyekat penggunaan internet sebagai pencabulan ke atas hak2 asasi rakyat Malaysia. "Kami takut jika anda dibenarkan untuk terus merampas hak2 rakyat, rakyat akan tertindas. Jadi dengan ini kami akan mengambil tindakan tanpa belas kasihan." Kata mereka.

*dah macam berita lak cara penulisan blog aku nih*

Anonymous sebelum ini pernah menyerang website PlayStation, website kerajaan Turki dll. Berikutan itu, kerajaan Turki telah menahan 32 orang yang menjadi saspek ahli Anonymous.

Untuk berita lanjut, apa kata korang cari je kat internet atau kat newspaper. Ada banyak citer pasal nih. Aku pun tak tau nak kata apa pasal benda ni. Memang aku rasa tindakan kerajaan utk memblock website2 filesharing tu agak melampau, tapi tu juga merupakan langkah utk mencegah piracy. Setiap negara ada hak utk mempraktikkan undang2 mengikut kemahuan mereka. Aku rasa tindakan untuk hack website Malaysia sangat melampau. Kita doakan je la yang kemusnahan yang bakal berlaku pada jam 3.30 pagi sok tu tak teruk sangat. Aku percaya team anti-hackers kat Cyberjaya n MSC tu mampu utk meminimakan serangan ni.

Bukankah matlamat tak menghalalkan cara?

Chow!!

3 comments:

eddy syrol said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

tak baik meng-hack kan kan kann..

jom jenguk

kaunselor bidang terjun

nasi goreng ikan bilis


cerita khatib khutbah jumaat

Anonymous said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Saya x nak komen apa-apa. cuma nak kawan ngan awak jer.. hehehe ..bleh.?

Ash said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

mcm FB lak nak kawan2.. haha!! leh je..

My Followers

Jom Share2 Blog Kat Sini!!