Terbaru Dari Betol-betol Hangat!

Monday, June 27, 2011

Plain Awesome! - A Blog To Reckon With

27 Jun 2011 - 7.29 pm

Politeknik Muadzam Shah telah mengadakan perhimpunan bulanan bagi bulan Jun pada hari ini, jam 3 petang tadi. Seperti biasa macam perhimpunan2 yang lepas, tak banyak yang berlaku masa perhimpunan kali ni. Doa, ikrar, nyanyi lagu Negaraku, Lagu Negeri Pahang dan Lagu Politeknik (guna video yang aku buat), ucapan Pengarah, penyampaian hadiah dan lain-lain. Tapi ada sesuatu yang best berlaku masa Pengarah berucap.

Hari ni tema ucapan Pengarah berkaitan ngan kreativiti dan inovasi. Dari situ, Pengarah menelusi bab tersebut dengan mendalam, sehinggalah sampai di satu ketika, beliau menyebut sesuatu yang berkaitan dengan blog. Wah! Ye ke? Yup, dia sebut tentang blog kawan aku, si Kaki Wayang yang telah menerbitkan blog berkaitan tempat keje kitorang iaitu Politeknik Muadzam Shah. Blog tersebut bernama Penjana Minda Strategik. Pengarah kelihatan teruja dengan idea blog tersebut yang menampilkan update-update terbaru berkaitan dengan Poli Muadzam.

Blog Politeknik Muadzam Shah : Penjana Minda Strategik

Pengarah sebenarnya dapat tahu perihal blog ni masa Mesyuarat Pengurusan pagi tadi, bilamana En. Rafie cuba tanya pada Pengarah sama ada blog tersebut boleh diteruskan atau tidak. Tapi setelah melihat blog tersebut, Pengarah kelihatan berpuas hati dan malah sangat excited sebab jika dibandingkan dengan website PMS yang dah berbulan tak update, blog ni memberikan suntikan baru kepada staf2 dan pelajar2 PMS bagi info2 terbaru.

Malah sehubungan dari blog tersebut, Pengarah mula memikirkan untuk unblock Blogger dan Facebook agar media2 tersebut dapat digunakan dengan sebaiknya oleh staf2 dan pelajar2 PMS. Cuma beliau harap agar apa yang berlaku dulu tak berulang, iaitu seseorang (ehemmmm ehemmmmm) telah dikatakan mengaibkan PMS dengan mengupload pic2 yang juga dikatakan menghina PMS.

Kami staf2 PMS juga sebenarnya agak kecewa dengan website PMS yang tidak diupdate secara konsisten, menyebabkan info2 yang ada dalam website tu semua dah tak betul. Bukan nak menuduh sesiapa, cuma kami faham yang tugas mengupdate website tersebut bukan tugas yang mudah. Jadi apa kata berikan saja tugas mengupdate website tersebut kepada mereka yang lebih berminat seperti Kaki Wayang yang juga hebat dalam design, sekaligus boleh mencantikkan lagi website tersebut yang boleh dikatakan agak 'hambar'.

Maaf jika apa yang aku katakan dalam post ni menyinggung sesetengah pihak. Aku bukan nak menghina sesiapa. Cuma aku nak kita melangkah ke depan, jangan letakkan perasaan hasad dengki mengaburi visi kita sebagai staf2 PMS.

Chow!!

5 comments:

LynnieJ said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Well done!

Ash said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

yup, congratz to Azri aka Kaki Wayang..

Kaki Wayang said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Tq wujudkan entri ini..dan tq support aku..xnak la update website tu..kang xleh nk wat blog..xnak la.lagipun bersyaratlah katakan..klu xdipenuhi..mintk mf laaa nk update site pms tu..

Ash said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

bersyarat gehtoo.. demand mengalahkan Fasha Sandha..

Unknown said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

huhu...suke tang yg unblock blog,,xdgr pn pasal ni sbb ita dh terlelap skjpa...muahahaahaahaha....

My Followers

Jom Share2 Blog Kat Sini!!