Terbaru Dari Betol-betol Hangat!

Thursday, June 16, 2011

Plain Drama - Nora Elena Ep 24 (Final Episode)


16 Jun 2011 - 8.13 pm

Ok, kali ni aku nak buat review yang terperinci sket sebab ni episod last Nora Elena. Lepas ni mungkin aku takde buat review utk drama lain lak sebab aku ni bukannya jenis rajin nak layan drama. :)

Scene mula kat hospital, dan Seth masih kat hospital ngan Elena sebab dia risau pasal ugutan Yvonne tu. Sambil tu dia jugak tunggu kedatangan Amir utk bincang pasal ugutan tu. Walaupun Elena suruh Seth balik, tapi Seth tetap taknak. Beberapa ketika lepas tu, Yvonne lak tetibe datang kat hospital tu. Dia tanya kat receptionist nombor bilik wad Elena dan lepas receptionist tu bagitau, Yvonne terus ke lif. Tapi masa nak sampai kat lif, Yvonne ternampak Amir yang pada masa tu nak masuk lif jugak, so Yvonne terus tak jadi nak gi bilik Elena. Yvonne pun terus tinggalkan hospital tu.

Amir pulak terus ke bilik Elena utk jumpa Seth, tapi sebab dia datang agak lambat, Seth dah tido la pulak. Jadi dia pun jumpa Elena je dan borak2 kosong. Kosong tak kosong gak la. Amir ckp yang dia sedar kedudukan dia sekarang. Dia sedar betapa dalamnya cinta Seth kat Elena dan dia takkan cuba luahkan perasaan dia kat Elena lagi. Dia juga mintak Elena utk maafkan kesalahan Seth yang Seth pernah buat pada Elena dulu.



Esoknya, Elena dah dibenarkan keluar dari hospital dan Seth pun tanya Elena, nak balik rumah mana, rumah Adilla atau rumah diorg. Elena akhirnya balik rumah diorg. Mase kat rumah, Elena terkejut sebab dia ade bodyguard. Mcm artis la pulak. Elena tanya Seth kenapa Seth upah bodyguard. Seth ckp la yg dia tak dapat nak sentiasa jaga Elena. Lepas tu, Elena cerita pasal Amir dtg hospital malam tadi dan cerita psl Amir yg dh takkan kacau Elena lagi. Elena mintak supaya Seth tak jeles ngan diorang. Seth pun cakap yg dia sbnrnya tak jeles. Yo la tuuuuu..

Mase kat opis, Seth tanya Malik ttg Yvonne sbb dia jugak risau pasal Yvonne. Dia tanya pendapat Malik utk carikan psychiatrist utk Yvonne. Malik bgtau kat Seth, mungkin Yvonne dah ada jumpa mana2 doktor sebab Yvonne selama ni dah ambik ubat anti-depression sejak Seth kawin.

Kat rumah Elena lak, Adilla ngan Nilawati dtg melawat. Nilawati ucap terima kasih kat Elena sbb dia baru dpt tau Seth yg support peguam dia tu. Seth jugak yg bagi dia keje kat tempat baru dia. Then masa diorg dah balik, Elena tetibe flashback psl yg dia ckp kat Seth yang dia jijik ngan benih yg ada dalam perut dia tu. Mungkin dia dah menyesal. Tapi leh lak dia tanya kat diri dia sendiri, "berdosakah aku?". Duhhhh!! Of kos laaahhhh!! Mase tu Seth masuk bilik dan dia bawak buku pregnancy utk Elena. Then dia bacakan buku tu utk Elena. Seth cakap, kalau Elena benci kat dia sekalipun pun, dia harap Elena tak benci kat baby tu.

Then scene tunjuk Yvonne bawak kereta kat mana tah. Sekejap je scene tu. Apa tah signifikan scene tu.

Then.... Tadaaaaa!!! Sekejap je dah 9 bulan berlalu!! Perut Elena pun dah mengembang membusung membuyung membesar. Masa Seth g opis dan Elena kat rumah ngan Kak Pah, dengan tiba2 air ketuban Elena pecah masa dia turun dari tangga. Dah tiba masa dia nak bersalin. Elena cuba call Seth, tapi Seth tak angkat sebab dia tgh meeting ngan klien. Agak tak logik bagi aku sebab, isteri dah sarat nak bersalin, bawak je la hp tu dalam meeting. Sure klien tu paham. Lepas meeting, Seth tgk kat phone dia ada 10 miskol. Bila Seth call balik, Kak Pah yang angkat telefon dan Kak Pah pun bagitau yang Elena dah nak bersalin.

Sampai je Seth kat hospital, Elena dah masuk bilik bersalin. Seth temankan Elena masa Elena menjerit2 tu. Akhirnya baby diorg pun selamat dilahirkan. Masa baby diorg diletakkan kat nurseri, rupa2nya Yvonne ada menyamar jadi nurse dan dia culik baby tu! Masa Seth tanya nurse sebenar mana baby dia, nurse tu ckp ada nurse yg dh hantar baby tu kat bilik diorg. Bila Seth gi balik bilik, baby tu takde. Then Seth dpt call dari Yvonne, dan Yvonne ckp baby tu ada ngan dia. Dia ugut Seth guna baby tu. Terus Seth mengamuk dan dia gi jumpa Yvonne kat tempat yg Yvonne bgtau. Elena pulak meraung bila Seth bagitau pasal tu. Yvonne dah gila weh!!!

Masa Seth sampai kat tempat yang Yvonne cakap tu, Yvonne berdiri kat sebelah tebing. Yvonne suruh Seth kawin ngan dia, baru dia akan pulangkan baby tu. Kalau Seth tak ikut cakap dia, dia akan campak baby tu. Mase ni la baru tau yg baby tu baby girl, sebab Seth ada ckp, "She's just a baby." Lepas tu Seth ikut Yvonne dgn pasport sekali, sebab Yvonne yg suruh bawak. Yvonne nak suruh Seth bawak dia kawin kat luar negara kot.

Kat hospital lak, parent Elena dah dtg dan Elena cerita semua pada parent dia. Mase tu lak Amir yang baru sampai kat pintu bilik Elena terdengar ttg tu dan dia terus call kwn2 polis dia utk buat sekatan jalan. Yvonne dah ugut tadi yg klu diorg report polis, dia akan bunuh baby tu. Tapi yang aku tak berapa gemar, ade scene mak Elena tanya Elena yang Yvonne tu bangsa apa, agama apa sampai dia sanggup buat macam tu. Bagi aku tu racist sangat! Lagipun mana leh ukur tahap kekejaman seseorang melalui bangsa (kecuali Yahudi lakhnatullah). Kat Malaysia ni, bangsa apa pun semua pernah masuk paper sebab bunuh anak, bunuh bapak, rogol, tikam dan lain2 lagi. Tolong la jangan guna sentimen perkauman. Idea tu sangat murah dan offensive.

Berbalik pada citer, Yvonne dan driver dia masih mintak Seth ekori diorang sampai la diorang ternampak ada polis buat road-block. Bila Yvonne nampak ade polis, dia suruh driver dia berhenti dan dia call Seth dan dia meroyan kat dalam kereta tu. Dia marah kat Seth dan dia tuduh Seth yang call polis tu. Bila dia suruh driver dia pusing balik, gn tiba2 Yvonne campak baby tu kat luar kereta. Seth terus menjerit dan pergi kat baby tu, tapi rupanya cuma anak patung. Berdebar gak jantung aku mase baby tu kena campak. Then tak jauh dari situ, kereta Yvonne kena tahan ngan polis dan dia kena tangkap. Rupanya baby tu takde ngan Yvonne. Dia ada tinggalkan ngan org utk jaga. Amir call Seth utk bagitau yg baby dia dh berjaya diselamatkan. Terus Seth sujud syukur kat situ jugak.

Lepas tu, beberapa bulan pun berlalu. Cepat je kannn.. Elena pun dah maafkan Seth dan diorg live happily ever after..... Habissssssss.

Ok, aku agak tak puas hati ngan ending citer ni sebab patutnya ada la tunjuk scene Elena maafkan Seth sbb tu antara elemen terpenting untuk mengakhirkan citer ni; dengan Elena memaafkan Seth. Itu yang penonton tunggu2 selama ni. Tapi takde lak scene tu. Kalau la ada, aku pasti scene tu mesti akan menyentuh hati semua penonton, baekkk punyeee!!

Lagi satu, ending utk Yvonne pun mcm tak klimaks sgt. Patutnya bila dh buat satu watak yg sgt dibenci mcm tu, bagi la dia ending yang agak ekstrim spt mati eksiden mase lari dari polis ke, ape ke. Bukan ape, utk kepuasan penonton gak. Psikologi beb!

Lagi yang aku sangat tak puas hati, Eid hilang begitu saja. Aku mengharap yang Eid akan muncul kat episod akhir untuk melepaskan segala2 yang dia ada terhadap Elena, dan meredhakan hubungan Seth ngan Elena. Tapi, zero!! Kecewa sangat-sangat!

Yang lain ok la kot. Watak2 lain pun ada yg takde ending spt Adilla, Malik dan beberapa watak lain. Tapi watak diorang terlalu common utk difikirkan. So boleh la dimaafkan.

Ok, mungkin ada yang cakap Pengarah nak ikut ending macam kat novel, tapi harus diingat bahawa penghayatan novel dan penghayatan tv berbeza. Bagi pembaca novel, penghayatan yang diberikan terhadap cerita dah cukup untuk ending yang ala2, sebab minda masa membaca novel tu dah cukup aktif untuk memaksimakan klimaks kat ending tu. Tapi kalau tgk tv, terdapat gangguan2 spt cerita yg bersambung, iklan, dan ini membuatkan fokus yang dikumpul2 oleh penonton akan hilang sebaik saja cerita bersambung atau iklan muncul. Jadi penonton perlukan klimaks yang betul2 BAM!!! utk ending.

Aku gak ada terbaca kat internet tadi yang watak Elena akan dimatikan utk episod akhir ni, dan aku terus-terang yang aku betul2 looking forward utk ending tu, seriously! Kalau mcm tu la ending tadi, cerita ni akan lebih terkesan kat hati penonton2 yang diberikan kejutan retorik setelah selama ni dibuai ngan scene2 manis dan sweet.

Anyway, ni pendapat aku je. Lagipun cerita pun dah habis. Nak komen pun komen la, cerita takkan berubah.

Dan berakhirlah jugak penyeksaan aku tiap2 hari untuk buat review pasal cerita ni. huhu.

Chow!!

Review2 Nora Elena oleh Yazidy :


Plain Drama - Nora Elena Ep 24 (Final Episode)

6 comments:

Unknown said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

salam ,


kakyong singgah sini.. wah lajunya, dah siap review finale nora elena...

tu la ending nya sedikit anti-klimaks kan... :p


u aktif update n3... tp rank blog masih 28j.. kena update sikit meta-tag blog ni..

farahinrazak said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

tak sempat tgk habes. :)

Ash said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

saya bukan pandai sgt bab2 blog ni kak.. just update2 je.. psl nk cari traffic2 ke ape tu saya tak reti.. huhu..

Ash said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@kukee : tak sempat? so x tgk la td nih? xpe, x rugi sgtlah.. huhu..

Unknown said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

no harm.. pelan2 belajar.. baru ade kepuasan berblog, bila rank meningkat..

ni akak suggest u ubah meta tag.. check kat n3 nih.. http://kakyong72.blogspot.com/2011/02/tips-seo-ubah-meta-tag-tajuk-blog.html

Ash said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

tq. saya tgk jap..

My Followers

Jom Share2 Blog Kat Sini!!