Terbaru Dari Betol-betol Hangat!

Wednesday, June 15, 2011

Plain Hungry - Walk-Walk Find Food.

15 Jun 2011 - 9.33 pm

Ok lah, leh sambung ber'blog' lepas tengok 360. Ingatkan seram sangat, tapi pengisian kurang la. Takpe la, len kali je citer pasal tu. Ni aku nak citer pasal makanan. Yup, aku jarang2 post citer pasal makanan, tapi aku saje je kali ni nak citer pasal apa yg aku makan hari ni.

Dah menjadi rutin harian aku untuk keluar makan ngan Azri aka Kaki Wayang setiap hari pada kul 10 pg. Biasanya kitorang akan g Restoran Sri Perlis kat sebelah stesen bas Muadzam ni, dan menu yg akan kitorang order ialah bihun sup sebab bihun sup dia memang marvelous! Tapi pagi tadi kitorang makan benda lain.

 Restoran Sri Perlis 
(kitorg ckp psl harga RM13k tu bkn pe, kan sblm ni ade citer kat Temerloh yang org kena bayar RM13k sebab diorg makan patin buah kat situ. So skrg tiap kali kitorg jmpe ikan patin, mmg akan anggap harga dia RM13k.. Huhu..)



Masa masuk je kedai tu, Azri dah terbau masak tempoyak. Jadi bila dia tinjau je kat dapur kedai tu, akak tu baru je siap masak ikan patin masak tempoyak. Menu tu memang feveret si Azri, so kitorang pun tukar selera la hari ni. Makan nasik ngan lauk ikan patin. Aku tak kisah sangat pun sebab aku takde la minat sangat ikan patin ni. Tapi dah Azri nak sangat makan, aku ikut je la. 

Kitorang pun ambik ikan patin tu semangkuk sorang (sepotong ikan ngan kuah) dan makan ngan nasik. Bila tgk aku hirup kuah tempoyak tu, Azri pun excited sebab selama ni dia makan ikan patin, tak pernah hirup kuah sebab biasanya letak dalam pinggan je. Sekali bila dia dah rasa, habis semangkuk kuah dia hirup. Memang peminat ikan patin tegar. Ni pic yang sempat aku snap tadi.

 Mangkuk aku yang ade kuah lagi tu. Azri punya dah kontang.

 Sayang nak habiskan.. Dah la kecik je ikan tu..

 Kering kaooo sekali kena hirup..

Pinggan Azri. Bila dah siap makan, pinggan banjir sudaaaa..

Anyway, mmg sedap gak la akak tu masak. Tapi kalau mak aku masak lagi sedap kot. Huhu..

Petang tadi pulak, Azri belanja aku makan satar. Ok, aku nak citer sket pasal satar ni. 3 tahun lepas, aku tak kenal pun ape kebendealah satar nih. Sehinggalah aku g jalan2 kat rumah member aku kat terengganu 2 tahun lepas, mase tu lah aku mula mengenali satar. 1st time aku makan, memang aku terus suka kat satar ni. So tadi aku ngan Azri singgah la gerai jual satar milik biras dia sebab dia dah janji dari hari Isnin lepas nak belanja aku satar.

  Gerai jual satar milik biras Azri.

Bagi sapa2 yang tak kenal satar (macam aku dulu), ni la rupa dia :

Satar ni isi ikan yang dipanggang dalam daun pisang. Ni sebelum dibuang kulit daun pisang tu.

Ni pulak selepas dibuang kulitnya. Nampak sedap kan. Memang sedap kalau makan masa tengah panas sebab akan ada jus2 dia tu.. Fuhhh!! Meletoppp!!

Orait!! Tu je kot. Sori la kalau post kali ni tak berapa menarik.. Tapi bagi aku apa2 pasal makanan memang menarik jeee..

Chow!!

3 comments:

Penjana Minda Strategik said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Wahhhh sedapnyerrr sok bayar balik yerrr...gagagagagaga..heyyy salah lah..yang mangkuk dah kering kontang tu Yazid yg punyerr..fefandai je fitnah..

zieta said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

lama tak makan satar,,nak jugek nak jugek....huhu....mmg sedap giler,,ita pun bru tak bru jugakla kenal satar nie,,,trus jatuh cinta,,,wahhhh...=)

Ash said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

PMS : tak iklas la tu blanje.. ye la.. nt aku blnje balik klu ade duit lebih..

ita : len kali beli byk2 yer, hantar jpa skali..

My Followers

Jom Share2 Blog Kat Sini!!