Terbaru Dari Betol-betol Hangat!

Monday, June 27, 2011

Plain Tutorial - Let's Learn Manga : Eye

Hai.

Aku nak buat entry2 pasal melukis la.. Bukan pasal melukis la, tapi nak ajar melukis.. Bukan la aku ni pandai sangat, tapi just nak share2 info dan trick melukis je.. Aku tgk ramai lak yang suka post2 melukis aku.. Huhuhu..

Korang minat melukis tak? Aku memang agak minat melukis nih. Dari kecik aku minat, tapi sejak aku sekolah menengah, aku sedar yang aku ade bakat la sket dalam melukis. Tapi tak cantik pun. Biasa2 je. Ni antara contoh lukisan aku (ni aku lukis lepas Perhimpunan Bulanan tadi).


So hari ni aku nak tunjuk sket cara2 aku melukis. Biasa kalau aku nak lukis, aku akan lukis bahagian mata dulu. Lepas tu baru aku leh buat bahagian lain. Sebab bagi aku mata memainkan peranan penting dalam menunjukkan ekspresi watak yang dilukis. So kalau aku lukis bahagian lain dulu, nanti bila tiba part mata, dan aku lukis tak jadi, tak ke membazir je aku lukis yang awal2 tadi?

Jadi untuk tutorial (tutorial ke ni?) yang pertama ni, aku nak tunjuk cara aku melukis bahagian mata.

 1. Outline asas bahagian mata. 
Bahagian mata mempunyai 2 bahagian yang asas iaitu bola mata dan kelopak mata. Jadi untuk melukis mata, kena la buat dulu outline anatomi mata yang asas tu. Kalau tengok kat sketch di atas, aku hanya lukis garisan asas bola mata yang tak terlalu bulat, kelopak mata atas dan kelopak mata bawah. Oleh kerana lukisan aku berbentuk manga, jadi haruslah mata besar. Huhu.

 2. Tebalkan outline dan tambahkan kesan 'lighting'.
Langkah seterusnya, aku tebalkan outline bagi memastikan kekemasan sketch, dan aku tambahkan garisan di bahagian kelopak mata atas sebagai kelopak mata yang mempunyai bulu mata. Selain tu, aku jugak tambahkan 2 bulatan di bahagian dalam bola mata untuk kesan cahaya.

 3. Gelapkan kawasan anak mata.
Langkah seterusnya, aku gelapkan bahagian atas bola mata bagi kesan terlindung dari cahaya dan juga untuk mewujudkan anak mata dalam bola mata tersebut. Oleh kerana aku lukis ni menggunakan pensel, jadi proses menggelapkan tu ada sedikit tak sekata.

 4. Menggelapkan kawasan tepi bola mata, dalam bola mata dan kelopak.
Seterusnya, Gelapkan bahagian tepi bola mata, atas bola mata dan juga tebalkan alis mata bagi menampakkan lagi lukisan yang lebih menyerlah.

5. Tambahkan ciri2 sampingan.
Akhir sekali, tambahkan pembayang bola mata, bulu kening kelopak atas dan bawah dan kemaskan lukisan. Siap.

Sebenarnya Bentuk dan cara melukis mata adalah mengikut selera pelukis sendiri. Terdapat banyak jenis dan bentuk lukisan mata bagi komik manga. Contohnya seperti gambar di bawah ni.


Teknik aku melukis pun berubah2 dari tahun ke tahun. Jadi terpulang la pada pelukis sendiri, style macam mana yang sesuai ngan korang.

Oklah, cukup untuk kali ni. Lain kali aku buat tutorial tentang cara2 melukis bahagian lain lak.

Chow!!

2 comments:

Unknown said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

wahhhhh...suke entri ni.,,bleh blaja melukis=)

Ash said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

suka entry ni, tapi tak 'like' pun.. haha!! ok, tunggu tutorial akan datang yer..

My Followers

Jom Share2 Blog Kat Sini!!