Terbaru Dari Betol-betol Hangat!

Monday, June 13, 2011

Plain Drama - Daudsu Scores!!! (For T'ganu)

13 Jun 2011 - 11.33 am

Bagi orang2 yang kenal aku, diorang tau aku memang seorang yang langsung tak minat bola. Tak kira la bola sepak ke, bola lisut ke, bola jaring ke, bola tampar ke, bola api ke, semua aku tak minat.. Tapi kali ni aku nak citer pasal bola sepak.. Wahhhh??!! Betol ke yazidy yang comel (sila muntah ye) tu nak post blog pasal bola? Ye laaa.. Jangan tak cayeeee...

Bukan apa, aku tertarik utk tulis citer ni sebab ada unsur2 drama kat situ.. Aku kan suka drama2 nih.. Hahaha!! Ok, satu Malaysia tau yang pada 11 Jun lepas, iaitu hari Sabtu hari tu, berlangsungnya final Piala FA kat Stadium Bukit Jalil, iaitu Kelantan melawan Terengganu. Semua orang tau yang Terengganu dah menang dengan jaringan gol 2 berbalas 1. Dan rasanya semua orang tau jugak yang gol kedua Terengganu tu dijaringkan oleh pemain Kelantan sendiri, iaitu Daudsu Jamaluddin pada minit2 terakhir permainan.

 Mohd Daudsu Jamaluddin



Tapi yang membuat aku tertarik untuk menulis pasal ni, drama yang berlaku ialah, penyokong Kelantan dan rakyat negeri Kelantan sendiri seakan2 menerima kekalahan dengan jaringan gol sendiri nih. Apa yang aku maksudkan ngan drama ialah, segelintir penyokong Kelantan yang terkenal ngan sifat agresif pun seakan2 redha ngan kekalahan kali ni, padahal kalau dilihat dari logik akal, sepatutnya mereka menjadi lebih ganas sebab gol dijaringkan oleh pemain mereka sendiri. Tapi kelihatannya semua orang telahpun memaafkan Daudsu. Oh, baiknya rakyat2 Malaysia ni kannn.. Sangat memaafkan... Alhamdulillah......

Tengok je la group2 kat FB nih.. Rata2 tak menyalahkan Daudsu.. Hebatttt!!


Tapi aku nak tanya sket.. Kalaulah kekalahan ni bukan disebabkan Daudsu, adakah segelintir penyokong2 Kelantan tu akan bertindak se'civilized' ni? Ntah laaaa......

ps : aku maksudkan segelintir penyokong je yer.. Bukan semua.. Sebab aku tau yg suka buat hal tu just sebilangan kecil penyokong je.. Yang lain semua baik2 belaka..

Chow!!

3 comments:

zieta said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

tau tak,,ita kalau tgk bola (kalau TER tengok ek) ita akn sokong kump. yg menang,,haha...so takdela nak marah2 k...mula2 tgk tu mmg takde perasaan r...biler dh gol msti excited....haha=D

zieta said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

yeayyyy,,dh boleh comment=)

Ash said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

haha!! buat la user google ita.. leh komen sbg user..

My Followers

Jom Share2 Blog Kat Sini!!